Permohonan Maktab Mahmud Negeri Kedah 2023/2024 Tingkatan Satu Online. Panduan buat pelajar Tahun Enam yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke Maktab Mahmud Negeri Kedah ambilan 2023/2024. Untuk makluman, Lembaga Maktab Mahmud mempelawa kepada mereka berkelayakan untuk membuat permohonan kemasukan ke Maktab Mahmud Negeri Kedah bagi Tingkatan Satu bermula pada 16 Januari hingga 25 Januari 2023. Permohonan ini boleh dibuat secara online menerusi portal https://www.lmm.gov.my dengan pembelian nombor pin sebanyak RM10 sahaja.

Permohonan Maktab Mahmud Negeri Kedah 2023/2024 Tingkatan Satu
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan kemasukan ke Maktab Mahmud Negeri Kedah termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :
Maktab Mahmud atau dikenali sebagai Al-Maahad Al-Mahmud merupakan sebuah Sekolah Agama dibawah naungan Sultan Kedah. Pembelajaran akedemik dan silibus al-Azhar diajar di Maktab Mahmud. Sehingga kini, terdapat sebanyak 12 cawangan Maktab Mahmud di seluruh negeri Kedah.
Tarikh Penting Kemasukan Maktab Mahmud Negeri Kedah 2023/2024
- Tarikh Permohonan: 16 Januari – 25 Januari 2023
- Tarikh Penjualan Nombor Pin: 16 Januari – 25 Januari 2023
- Tarikh Ujian Kemasukan: 4 Februari 2023
- Tarikh Keputusan: 23 Februari 2023
- Tarikh Rayuan: 23 Februari – 28 Februari 2023
Syarat Kemasukan Maktab Mahmud Negeri Kedah 2023
Antara syarat-syarat kemasukan ke Maktab Mahmud Negeri Kedah adalah seperti berikut :
1. Warganegara Malaysia dan dilahirkan pada tahun 2010.
2. Mencapai TP4 dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) tahun 6 sesi 2022/2023.
3. Lulus dengan cemerlang Ujian Kemasukan Tingkatan Satu Maktab Mahmud.

Cara Memohon Maktab Mahmud Negeri Kedah 2023/24 Online
Permohonan ini boleh dibuat secara online menerusi portal https://www.lmm.gov.my/
Sebelum permohonan pastikan calon telah membuat pembelian nombor pin RM10 yang boleh didapati dari Maktab Mahmud Negeri Kedah dengan mengemukakan Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi tahun 6 sesi 2022/2023 yang disahkan.
NOTA: Sila cetak surat panggilan Ujian Kemasukan Tingkatan Satu Sesi 2023/2024 untuk dibawa semasa ujian.
Untuk keterangan lanjut sila ke laman Facebook https://www.facebook.com/lembagamaktabmahmud atau hubungi di talian 04- 7728973/ 04 7717552.
BACA JUGA : Permohonan Maahad Tahfiz Sains Darul Aman 2023