Jadual Peperiksaan MUET 2023 MPM (Semua Sesi). Bilakah tarikh ujian MUET tahun 2023? Panduan buat calon yang ingin mengambil peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) tahun 2023. Untuk makluman, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah mengeluarkan Kalendar Peperiksaan MUET sesi 2023 yang mengandungi tarikh pendaftaran dan hari peperiksaan. Peperiksaan MUET kebiasaannya akan diadakan sebanyak 3 kali setiap tahun bagi sesi Mac, Julai dan November. Bagi calon sekolah atau institusi boleh membuat pendaftaran MUET tahun 2023 secara dalam talian melalui portal MPM http://www.mpm.edu.my.

Jadual Peperiksaan MUET 2023 MPM (Semua Sesi)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kalendar peperiksaan MUET yang memaparkan maklumat berkaitan tarikh buka dan tutup pendaftaran, tarikh ujian bertulis dan ujian speaking :
Malaysian University English Test atau singkatan MUET adalah merupakan satu ujian yang bertujuan untuk mengukur pencapaian dan kemahiran berbahasa Inggeris pelajar-pelajar prauniversiti di Malaysia. Bagi anda yang ingin melanjutkan pengajian ke universiti awam untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda hendaklah menduduki peperiksaan MUET sebagai prasyarat kemasukan ke Universiti Awam. Tempoh sah laku keputusan ujian MUET ialah lima tahun mulai tarikh keputusan ujian MUET dikeluarkan.
Tarikh Daftar MUET 2023 MPM
Sesi 1
- Tarikh Pendaftaran : 7 Disember 2022 – 10 Januari 2023
- Ujian Speaking : 13, 14, 15, 16, 20 dan 21 Mac 2023
- Ujian Bertulis : 1 April 2023
- Keputusan : –
Sesi 2
- Tarikh Pendaftaran : 28 Februari – 4 April 2023
- Ujian Speaking : 13, 14, 15, 19, 20 dan 21 Jun 2023
- Ujian Bertulis : 15 Julai 2023
- Keputusan : –
Sesi 3
- Tarikh Pendaftaran : 12 Julai – 23 Ogos 2023
- Ujian Speaking : 30 dan 31 Oktober, 1, 2, 6 dan 7 November 2023
- Ujian Bertulis : 18 November 2023
- Keputusan : –

ARTIKEL BERKAITAN : Jadual MUET On Demand 2023
Komponen Ujian MUET
Kertas yang ditawarkan dalam ujian MUET meliputi empat kertas seperti yang berikut:
Kod Kertas | Nama Kertas |
800/1 | Listening (50 minit) |
800/2 | Speaking (30 minit) |
800/3 | Reading (75 minit) |
800/4 | Writing (75 minit) |
Kadar Bayaran Yuran Menduduki Ujian MUET
Bayaran yuran untuk menduduki ujian MUET adalah RM100 bagi warganegara Malaysia. Manakala, calon bukan warganegara dikenakan bayaran sebanyak RM350.
Cara Daftar MUET Tahun 2023
Pendaftaran MUET bagi calon sekolah/institusi dibuat secara dalam talian melalui portal MPM http://www.mpm.edu.my.
Manakala, pendaftaran bagi calon Persendirian Individu dibuat secara dalam talian sahaja
melalui portal http://www.mpm.edu.my atau pautan terus di https://muet.mpm.edu.my/.
Muat Turun Kalendar MUET 2023
Bagi pelajar yang ingin dapatkan jadual ujian MUET 2023 dalam bentuk PDF, calon boleh muat turun di laman web https://www.mpm.edu.my/images/dokumen/kalendar/2022/Kalendar_MUET_Tahun_2023_-_Edisi_24112022_BM.pdf
Panduan Lulus Cemerlang MUET
Panduan buat calon yang nak menduduki exam MUET tahun 2023. Untuk makluman, ada satu rujukan lengkap MUET yang ditulis oleh penulis profesional untuk membantu calon. Panduan ini memberi garis panduan tentang bagaimana peperiksaan MUET dijalankan dan juga teknik-teknik menjawab soalan-soalan komponen Listening, Speaking, Reading dan Writing. Untuk dapatkan rujukan MUET ini, anda boleh layari ke PANDUAN MUET .
Untuk keterangan lanjut sila hubungi di talian 03 61261600 atau emel ke psm@mpm.edu.my.
BACA JUGA :
Macam mana nak tau the actual tarikh untuk speaking ya?