Cara Daftar idMe Sistem Pengurusan Identiti KPM Online (Login)

Cara Daftar idMe Sistem Pengurusan Identiti KPM Online (Login). Nak log masuk Sistem Pengurusan Identiti? Panduan buat pengguna yang ingin mendaftar akaun Sistem Pengurusan Identiti secara online. Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan satu sistem online yang dikenali sebagai Sistem Pengurusan Identiti atau idMe yang berperanan menyimpan dan mengesahkan kelayakan pengguna KPM. Pengguna boleh mendaftar dan login idME secara dalam talian menerusi laman web https://idme.moe.gov.my.

Cara Daftar idMe Sistem Pengurusan Identiti KPM Online (Login)

Sistem Pengurusan IDentiti atau dikenali sebagai idME merupakan satu repositori utama bagi menyimpan dan mengesahkan semua kelayakan pengguna Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) termasuk kakitangan dari lain-lain Kementerian/ Agensi/ Institusi Swasta, pelajar, ibu bapa, penjaga, pendidik, pengusaha institusi dan orang awam. Setiap kelayakan pengguna akan ditandakan dengan peranan pengguna yang digunakan untuk mementukan kebolehcapaian modul dalam sistem.

Cara Daftar idMe Sistem Pengurusan Identiti KPM Online (Login)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Sistem Pengurusan Identiti termasuk memaparkan log masuk dan pendaftaran:

Cara Login idMe Online

1. Untuk log masuk sistem idMe secara online sila ke pautan https://idme.moe.gov.my/login.

2. Kemudian, masukkan ID Pengguna dan klik pada butang Daftar.

3. Klik checkbox pada kotak tersebut dan masukkan kata laluan di ruangan yang disediakan.

4. Klik pada butang “Daftar Masuk”.

Artikel Berkaitan: Login EMIS Online

Cara Pendaftaran idMe Online

1. Bagi pengguna baharu yang belum mempunyai akaun, sila klik pada “Daftar Baru”.

2. Kemudian, isikan semua maklumat di ruangan yang disediakan. Maklumat yang bertanda wajib untuk diisi.

3. Klik checkbox pada kotak tersebut dan masukkan captcha bertulis di ruangan yang disediakan.

4. Seterusnya, klik butang Daftar untuk menghantar maklumat pengguna atau klik butang Reset untuk reset semula maklumat pengguna.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi di talian:

Kementerian Pendidikan Malaysia,
Bahagian Pengurusan Maklumat,
Aras 3 – 4 Blok E8 Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Wilayah Persekutuan, Putrajaya

No. Tel: 03-88843501
No. Fax: 03-88895244
Emel: supportidMe@moe.gov.my

BACA JUGA: Log Masuk APDM Online

Leave a Reply