Permohonan Program Matrikulasi 2026/2027 KPM Online (Borang)

Permohonan Program Matrikulasi 2026/2027 KPM Online (Borang). Berminat melanjutkan pengajian ke Matrikulasi? Panduan buat lepasan SPM/ Setaraf yang ingin melanjutkan pengajian ke Program Matrikulasi sesi akademik 2026/2027. Untuk makluman menerusi kenyataan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), permohonan kemasukan program Matrikulasi sesi ambilan 2026/2027 dibuka bermula pada 10 November 2025 hingga 10 Februari 2026. Permohonan Matrikulasi boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi laman web www.moe.gov.my. Permohonan tidak memerlukan pembelian nombor PIN.

Permohonan Program Matrikulasi 2026/2027 KPM Online (Borang)

Permohonan ini hanya terbuka kepada pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2025. Bagi pemohon yang ingin melanjutkan pengajian ke Universiti Awam, calon boleh membuat permohonan UPUonline sesi akademik 2026/2027 secara dalam talian menerusi portal UPU.

Permohonan Program Matrikulasi 2026/2027 KPM Online (Borang)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan kemasukan Matrikulasi KPM termasuk memaparkan syarat kelayakan, tarikh dan aplikasi permohonan :

Tarikh Permohonan: 10 November 2025 – 10 Februari 2026

Program matrikulasi adalah merupakan satu program persediaan pra-universiti bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pelajaran sebelum ke peringkat Ijazah Pertama. Tujuan utama untuk mengeluarkan lulusan Program Matrikulasi bagi memenuhi keperluan institusi pengajian tinggi awam dalam bidang sains, teknologi dan professional.

Syarat Kemasukan Program Matrikulasi 2026

Antara syarat-syarat kemasukan ke program Matrikulasi KPM adalah seperti berikut :

a. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.

b. Umur tidak melebihi 20 tahun semasa permohonan.

c. Pemohon mestilah calon SPM tahun semasa.

Senarai Program Pengajian Matrikulasi 2026

Antara bidang-bidang yang boleh diceburi di peringkat ijazah pertama bagi setiap jurusan yang ditawarkan iaitu:

A. Bagi Jurusan Sains

Perubatan, Kejuruteraan, Pergigian, Farmasi, Sains, Teknologi Maklumat, Seni Bina, Kejururawatan, Sains Forensik, Sains Kesihatan Bersekutu dan lain-lain.

B. Bagi Jurusan Perakaunan

Perakaunan, Pengurusan, Perniagaan, Ekonomi, Pentadbiran Awam/ Awam, Teknologi Maklumat, Pengurusan, Sumber Manusia, Undang-Undang dan lain-lain.

C. Bagi Jurusan Perakaunan Profesional

Sijil Profesional Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) di UiTM, Perakaunan, Perniagaan, Ekonomi dan lain-lain.

D. Bagi Jurusan Kejuruteraan

Kejuruteraan, Seni Bina, Keselamatan dan Kesihatan Pekerja dan bidang teknikal lain.

Kelebihan Belajar Di Matrikulasi

a. Satu tahun pengajian

b. Yuran pengajian dan penginapan percuma

c. Bantuan sara hidup pelajar bagi yang layak

d. Diiktiraf oleh universiti dalam dan luar negara

e. Laluan kerjaya ke perkhidmatan awam

Kadar Yuran Pendaftaran Matrikulasi

JurusanPengajian Dua Semester Pengajian Empat Semester
Sains RM599.60a. Semester I:
RM599.60
b. Semester III: RM296.60
KejuruteraanRM599.60
PerakaunanRM546.60
Perakaunan Profesional (JPPro)*RM546.60

*Bayaran tambahan untuk JPPro:

  • Semester I – RM600 untuk pembelian buku
  • Semester II – RM1,690.00 untuk yuran peperiksaan ACCA

Cara Permohonan Kemasukan Matrikulasi 2026 Online

Permohonan kemasukan ke Matrikulasi boleh dibuat secara online di sistem aplikasi permohonan Program Matrikulasi (PMI) https://matrikulasi.moe.gov.my/system/permohonan/ tanpa perlu melalui UPUOnline.

Semakan Keputusan Program Matrikulasi 2026/2027 Online

Calon boleh menyemak keputusan calon jaya ke Program Matrikulasi melalui pautan https://matrikulasi.moe.gov.my mulai bulan Julai 2026.

Bagi yang berjaya mendapat tawaran sila klik butang setuju terima, muat turun dokumen dan ikuti langkah-langkah yang dinyatakan. Calon perlu membuat pembayaran yuran di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau secara dalam talian mengikut jumlah yang ditetapkan.

Sebarang pertanyaan berkaitan emel kepada mohon.matrik@moe.gov.my atau hubungi 03-8884 4083/4042/4098.

BACA JUGA: Senarai Kolej Matrikulasi KPM

Leave a Reply