Permohonan Matrikulasi 2020/2021 KPM Online

Permohonan Matrikulasi 2020/2021 KPM Online. Berminat melanjutkan pengajian ke Matrikulasi? Panduan buat lepasan SPM/ Setaraf yang ingin melanjutkan pengajian ke Program Matrikulasi sesi akademik 2020/2021. Untuk makluman menerusi portal Kementerian Pendidikan Malaysia, permohonan kemasukan program Matrikulasi KPM sesi 2020/2021 dibuka bermula 24 Februari sehingga 31 Mac 2020. Kini, permohonan Matrikulasi boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi laman web UPU.

Permohonan Matrikulasi 2019 Online KPM

Permohonan ini hanya terbuka kepada pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2019. Bagi pemohon yang ingin melanjutkan pengajian ke Universiti Awam, anda boleh membuat permohonan UPUonline sesi akademik 2020/2021 secara dalam talian di laman web UPU. Permohonan ini turut dibuka mulai 24 Februari 2020.

Permohonan Matrikulasi 2020/2021 KPM Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang tawaran kemasukan Matrikulasi 2020/2021 termasuk memaparkan syarat kelayakan, tarikh dan aplikasi permohonan :

Tarikh Permohonan : 24 Februari – 31 Mac 2020

Program matrikulasi merupakan satu program persediaan pra-universiti bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pelajaran sebelum ke peringkat Ijazah Pertama. Tujuan utama untuk mengeluarkan lulusan Program Matrikulasi bagi memenuhi keperluan institusi pengajian tinggi awam dalam bidang sains, teknologi dan professional.

Syarat Kemasukan Matrikulasi 2020/2021

Antara syarat-syarat kemasukan ke Matrikulasi KPM terkini adalah seperti berikut :

a. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.

b. Pemohon mestilah umur 20 tahun atau kurang pada 1 Januari 2020.

Bidang Pengajian Program Matrikulasi

A. Bagi Aliran Sains

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik atau Biologi.

B. Bagi Aliran Perakaunan

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana-mana dua matapelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Sains, Ekonomi Asas, Perdagangan dan Teknik.

C. Bagi Aliran Teknikal

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan mana-mana satu matapelajaran daripada Kejuruteraan Awam/ Mekanikal dan Elektrik & Elektronik.

Cara Permohonan Program Matrikulasi 2020/2021 Online

1. Permohonan kemasukan ke Matrikulasi boleh dibuat secara online di sistem aplikasi permohonan Program Matrikulasi (PMI) atau laman web rasmi UPU.

2. Pemohon perlu mendapatkan Nombor PIN Unik ID UPU di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional dengan bayaran RM15.60 dengan menggunakan nombor kad pengenalan masing-masing.

Semakan Keputusan Program Matrikulasi 2020/2021 Online

Keputusan permohonan masuk ke Program Matrikulasi KPM akan dikeluarkan iaitu tempoh 30 hari bekerja selepas keputusan SPM 2019 diumumkan.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi di talian :

Bahagian Matrikulasi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 6 & 7, Blok E 15, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya

No. Tel : 03-8884 4083
No. Faks : 03-8884 4028

Leave a Reply