Permohonan Inisiatif UITM Prihatin, Insentif Bantuan RM100 Kepada Pelajar UITM. Berita baik buat pelajar UiTM dimana Universiti Teknologi MARA (UiTM) melalui inisiatif UiTM Prihatin memberi insentif RM100 kepada setiap pelajar yang telah datang ke kampus untuk mendaftar tetapi terpaksa berpatah balik ke kampung susulan penangguhan pendaftaran yang telah dilaksanakan. Bagi pelajar UiTM yang terkesan dengan penangguhan pendaftaran sila hubungi Bilik Gerakan JOBSA di talian 03-5544 7893.
Bantuan ini juga akan membabitkan pelajar yang telah mendaftar dan terus tinggal di kolej-kolej kediaman dan di luar kolej kediaman UiTM Shah Alam dan Kampus-kampus Cawangan ketika ini. Di samping itu, pengurusan tertinggi universiti juga telah bersetuju untuk memberi pengecualian bayaran kolej untuk bulan Oktober 2020 kepada semua pelajar yang tinggal di kolej kediaman UiTM Shah Alam dan Kampus Cawangan.
Permohonan Inisiatif UITM Prihatin, Insentif Bantuan RM100 Kepada Pelajar UITM
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Inisiatif UITM Prihatin termasuk memaparkan kadar jumlah dan cara mohon :
Kadar Inisiatif UiTM Prihatin
Bagi pelajar baharu yang mendaftar tetapi terpaksa berpatah balik ke kampung layak menerima bantuan insentif sebanyak RM100.
Cara Mohon Inisiatif UITM Prihatin RM100
Para pelajar UiTM yang terkesan dengan penangguhan pendaftaran pelajar boleh menghubungi Bilik Gerakan JOBSA iaitu 03-5544 7893. Para pelajar juga boleh menghantar Whatsapp di talian 011-2074 2823.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila layari Portal Rasmi UiTM di https://uitm.edu.my.
BACA JUGA : Permohonan Biasiswa Endowmen UiTM 2020 Bantuan Sehingga RM3500 Sebulan