MyTax LHDN 2024: Semakan Status Cukai Pendapatan, Tunggakan & Sekatan Perjalanan. Nak semak tunggakan atau baki cukai individu/syarikat? Panduan buat pengguna yang ingin membuat semakan status cukai pendapatan, tunggakan dan sekatan perjalanan. Untuk makluman, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah membangunkan satu sistem online iaitu MyTax yang bertujuan memudahkan para pembayar tax untuk membuat urusan semakan status berkaitan dengan cukai dan lain-lain. Sebelum itu, pengguna perlu log masuk akaun MyTax buat kali pertama menerusi pautan https://ez.hasil.gov.my.

MyTax LHDN 2024: Semakan Status Cukai Pendapatan, Tunggakan & Sekatan Perjalanan
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang MyTax LHDN termasuk memaparkan senarai perkhidmatan, log masuk dan semak status :
Apa Itu MyTax LHDN?
MyTax HASIL merupakan satu portal online yang menyediakan beberapa kemudahan seperti ByrHASiL, e-Daftar, PCB dan e-Filing. Tujuan sistem ini dibangunkan untuk memudahkan pembayar cukai untuk melaksanakan urusan berkaitan semakan cukai, pengistiharan pendapatan dan pembayaran cukai.
Senarai Perkhidmatan Disediakan MyTax LHDN
- Ringkasan lejar cukai pendapatan untuk 10 tahun terkini
- Semak baki cukai sama ada tunggakan atau lebihan
- Status bayaran balik terkini
- Status Borang E-Filing tahun sebelum dan terkini
- Semak sekatan perjalanan
- Potongan cukai bulanan
- Jadual ansuran CP500
Cara Log Masuk MyTax LHDN Online
1. Buat kali pertama sila log masuk ke pautan https://ez.hasil.gov.my/ci/LoginKaliPertama.aspx
2. Sila masukkan No. PIN dan No. Rujukan (No. Pengenalan) dan klik butang Hantar.
Cara Semak Status Cukai Pendapatan & Tunggakan MyTax Online
1. Untuk semakan sila layari ke laman web https://mytax.hasil.gov.my/
2. Log masuk ke dalam sistem. Sistem paparkan skrin dashboard.

3. Pada dashboard memaparkan ringkasan maklumat cukai, peti mel, profil, status myTax, senarai menu, chatbox dan perkhidmatan.

4. Klik pada ikon Peti Mel. Sistem paparkan kandungan inbox mengikut tab iaitu tab Makluman, Surat, Notis dan Lain-lain.
5. Klik pada ikon Profil.

6. Klik pada ikon Status MyTax.

7. Klik tab Lejar untuk memaparkan ringkasan baki mengikut jenis lejar.
8. Klik pada butang Tahun bagi penyata OCB mengikut tahun tafsiran.

Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang LHDN sila hubungi di talian HASiL CARELINE 03-8911 1000 atau hadir ke cawangan LHDNM yang berdekatan.
BACA JUGA: Permohonan No Pin e-Filing LHDN ezHASiL