Permohonan Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor 2024 Online (Semak Status)

Permohonan Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor 2024 Online (Semak Status). Panduan buat pelajar yang mengikuti pengajian dalam peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam​​ (IPTA) dan Swasta. Untuk makluman, Yayasan Selangor mempelawa kepada​​​​ ​​pelajar-pelajar​​ yang berkelayakan untuk memohon Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor yang mengikuti pengajian tahun 2024. Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) bermula pada 1 September hingga 30 September 2021 menerusi laman web Yayasan Selangor http://yayasanselangor.org.my.

Permohonan Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor 2024 Online (Semak Status)

Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor adalah merupakan satu pinjaman pelajaran yang dibuka kepada pelajar yang telah menerima tawaran atau sedang dalam pengajian secara SEPENUH MASA di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda di IPTA / Swasta (IPTS milik Kerajaan Negeri Selangor sahaja) dalam negara.

Permohonan Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor 2024 Online (Semak Status)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Biasiswa Yayasan Selangor termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan cara permohonan :

Tarikh Permohonan : –

Syarat Kelayakan Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor 2024

Antara syarat-syarat kelayakan permohonan pinjaman pelajaran Yayasan Selangior adalah seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon/ ibu/ bapa lahir di Negeri Selangor / di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 01 Februari, 1974 / yang telah bermastautin di Negeri Selangor lebih 10 tahun dengan mendapat pengesahan daripada ADUN / Penghulu / Pengerusi JKKK/Ketua Kampung.
  3. Permohonan daripada keluarga yang berpendapatan per kapita di bawah RM3,000 sahaja.

Kadar Tajaan Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor

Kadar tajaan yuran tahunan yang diberikan adalah mengikut peringkat pengajian dan tertakluk kepada institusi pengajian.

PERINGKAT PENGAJIANKADAR SETAHUN
Sijil Kemahiran (Institusi milik Kerajaan Negeri Selangor sahaja)RM4000 – RM6000
DiplomaRM2000 – RM7000
Ijazah Sarjana MudaRM3000 – RM8000

Cara Permohonan Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor Online

1. Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor yang boleh dimuat turun di pautan : Borang Pinjaman Pelajaran YS

2. Borang permohonan yang telah lengkap diisi bersama salinan dokumen yang diperlukan dan hendaklah dihantar ke Bahagian Pembiayaan Pendidikan Yayasan Selangor sebelum tarikh tutup tawaran di alamat seperti berikut:

Bahagian Pembiayaan Pendidikan
Yayasan Selangor
Tingkat 17, Menara Yayasan Selangor
No. 18A, Persiaran Barat
46000 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

Nota : Untuk dapatkan soalan lazim tentang pinjaman pelajaran Yayasan Selangor sila layari ke http://yayasanselangor.org.my/soalan-lazim-permohonan-pinjaman-pelajaran-yayasan-selangor/.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Pembiayaan Pendidikan Yayasan Selangor di talian 03 7669 1237 / 188 / 243 / 162 atau emel ke tajaan@yselangor.com.

BACA JUGA: Senarai Bantuan Kewangan Pelajar IPT

Leave a Reply