Permohonan Biasiswa Yayasan Kuok 2024 Online (Semakan Keputusan). Panduan buat pelajar yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa. Untuk makluman, Yayasan Kuok Berhad mempelawa pelajar warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajian ijazah sarjana muda sepenuh masa di Universiti Awam (UA) Malaysia dan Singapura bagi mengikuti pengajian tahun 2023. Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) di laman web rasmi Kuok Foundation selepas iklan tawaran dikeluarkan.
Permohonan Biasiswa Yayasan Kuok 2024 Online (Semakan Keputusan)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang biasiswa Yayasan Kuok termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan, jenis biasiswa dan cara permohonan :
Jenis Biasiswa Ditawarkan Yayasan Kuok
Antara biasiswa yang ditawarkan di bawah yayasan Kuok adalah seperti berikut :
A. Biasiswa Goh Ing Sing Agriculture Science
i. Terbuka kepada kursus Agriculture Science & berkaitan sahaja di Universiti Putra Malaysia (UPM)
ii. Nilai: RM15,000 setahun
iii. Pencapaian akademik yang konsisten dan cemerlang
iv. Rekod ko-kurikulum yang cemerlang
v. Kemahiran komunikasi yang baik
B. Biasiswa Kuok Keng Kang
i. Nilai: RM15,000 setahun
ii. Pencapaian akademik yang konsisten dan cemerlang
iii. Rekod ko-kurikulum yang cemerlang
iv. Kemahiran komunikasi yang baik
C. Biasiswa Kuok Hong & Wilmar
i. Nilai: RM15,000 setahun
ii. Pencapaian akademik yang konsisten dan cemerlang
iii.Rekod ko-kurikulum yang cemerlang
iv. Kemahiran komunikasi yang baik
D. Biasiswa Yayasan Kuok
i. Nilai: RM13,000 setahun (kursus berkaitan arts stream)
ii. Nilai: RM14,000 setahun (kursus berkaitan sains stream)
iii. Pelajar kurang berkemampuan
iv. Pencapaian akademik yang baik
v. Rekod ko-kurikulum yang baik
vi. Kemahiran komunikasi yang baik.
E. Biasiswa Kuok
i. Nilai: RM93,000 setahun
ii. Pencapaian akademik yang konsisten dan cemerlang
iii. Rekod ko-kurikulum yang cemerlang
iv. Kemahiran komunikasi yang baik
Cara Permohonan Biasiswa Yayasan Kuok Berhad Online
- Permohonan boleh dibuat secara online di laman web apply.kuokfoundation.org.
- Selepas pemohon telah mengemukakan borang permohonan secara dalam talian, pemohon WAJIB menghantar borang permohonan bercetak secara Pos Laju bersama-sama dengan dokumen sokongan ke pejabat Yayasan.
Untuk dapatkan keterangan lanjut tentang biasiswa ini boleh email ke support@kuokfoundation.com.
BACA JUGA: Senarai Bantuan Kewangan Pelajar IPT