Permohonan Skim Biasiswa Sukan Persekutuan 2024 SBSP Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Skim Biasiswa Sukan Persekutuan 2024 SBSP Online (Semakan Keputusan). Anda aktif sukan dan sedang sambung pengajian di IPT? Berita baik buat pelajar IPT dimana Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) mengumumkan satu bantuan biasiswa iaitu Skim Biasiswa Sukan Persekutuan (SBSP). Biasiswa ini hanya dibuka kepada atlet yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf Malaysian Qualification Agency (MQA). Permohonan ini boleh dibuat secara online bermula pada 24 Ogos hingga 7 September 2023 menerusi laman web https://spsb.kbs.gov.my.

Permohonan Skim Biasiswa Sukan Persekutuan 2024 SBSP Online (Semakan Keputusan)

Kementerian Belia Dan Sukan menawarkan Skim Biasiswa Sukan Persekutuan kepada atlet yang sedang menyambung pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Pertama di IPT di Malaysia. Skim Biasiswa Sukan Persekutuan ini akan diberikan kepada atlet-atlet yang masih bergiat aktif dalam bidang sukan, sekurang-kurangnya dapat mewakili IPT Malaysia ke Sukan Universiti ASEAN (AUG) atau mewakili Negeri dalam Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) atau mana-mana Kejohanan Kebangsaan yang diiktiraf.

Permohonan Skim Biasiswa Sukan Persekutuan 2024 Online (SBSP)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Skim Biasiswa Sukan Persekutuan termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan cara permohonan :

Tarikh Permohonan: 24 Ogos – 7 September 2023

Syarat Kelayakan Skim Biasiswa Sukan Persekutuan 2024

Antara syarat-syarat kelayakan Skim Biasiswa Sukan Persekutuan adalah seperti berikut:

1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.

2. Pemohon mestilah dari golongan atlet yang masih giat dalam bidang sukan (tidak termasuk pegawai dan jurulatih sukan).

3. Pemohon-pemohon mestilah dari mereka yang telah mencapai prestasi yang cemerlang sekurang-kurangnya dalam pertandingan-pertandingan Majlis Sukan di peringkat sukan sekolah-sekolah ASEAN atau mana-mana pertandingan yang setaraf dengannya.

4. Pemohon-pemohon mestilah mempunyai kelayakan minima untuk memenuhi syarat-syarat kemasukan bagi mengikut kursus-kursus yang diperlukan oleh negara di universiti-universiti atau institusi-institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan.

5. Pemohon-pemohon adalah dikehendakl untuk memperoleh dengan sendirinya tempat di universiti atau institusi pengajian tinggi. Hanya pemohon yang berjaya mendapat tempat di universiti-universiti/institusi-institusi akan ditawarkan biasiswa.

6. Pemohon-pemohon yang menerima biasiswa ini hendaklah terus giat di dalam latihan dan pertandingan­ pertandingan sukan pilihannya semasa tempoh pengajian dan juga dikehendaki mewakili negara didalam pertandingan-pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sekiranya diperlukan.

7. Pemohon-pemohon bagi biasiswa ini mestilah berumur tidak lebih dari 25 tahun pada 31 Disember 2023.

8. Pemohon-pemohon mestilah sihat dari segi mental dan fizikal.

9. Pemohon-pemohon yang dipilih hendaklah berkelakuan baik dan mempunyai minat serta semangat yang tinggi.

Permohonan Skim Biasiswa Sukan Persekutuan 2023 SBSP Online (Semakan Keputusan)

Cara Mohon Skim Biasiswa Sukan Persekutuan

1. Sila layari ke laman sesawang SBSP https://spsb.kbs.gov.my/backend/web.

2. Kemudian, pilih e-Bantuan.

3. Klik butang ‘Daftar’.

4. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Hantar’.

5. Log masuk dengan memasukkan ID Pengguna dan kata laluan.

6. Isi maklumat permohonan dengan lengkap.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila layari ke laman sesawang SBSP atau hubungi di talian 03-8871 3549/3558.

Leave a Reply