Syarat Kemasukan Universiti Lepasan SPM & STPM UPU

Syarat Kemasukan Universiti Lepasan SPM & STPM UPU. Panduan buat pelajar lepasan SPM atau STPM yang berminat melanjutkan pengajian ke Universiti Awam ambilan 2020/21. Apakah syarat kelayakan am dan khas kemasukan universiti bagi lepasan SPM/ STPM? Sebelum anda membuat permohonan kemasukan ke Universiti Awam melalui Permohonan UPUOnline, pastikan pemohon menyemak syarat kelayakan am sama ada melepasi syarat atau tidak. Jika melepasi syarat am, pemohon boleh membuat semakan syarat kelayakan program atau bidang pengajian yang hendak dipohon.

Syarat Kemasukan Universiti Lepasan SPM & STPM UPU

Permohonan UPU akan dibuka pada awal tahun dimana kemasukan sesi 2020/2021 dibuka pada 5 Februari 2018. Tarikh permohonan UPUOnline untuk sesi 2020/2021 belum lagi ditetapkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar.

Syarat Am UPU Kemasukan UA Lepasan SPM & STPM

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang syarat am kemasukan Universiti Awam bagi lepasan SPM/ STPM dan Setaraf bagi ambilan 2020/2021:

Syarat Am UPU Bagi Program Lepasan SPM/Setaraf

1. Warganegara Malaysia dan

2. Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia/setaraf (SPM/setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah dalam peperiksaan SPM.

Program Pengajian UA dan Politeknik Premier

Program pengajian yang terbuka kepada pemohon berketurunan Melayu, Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak dan Orang Asli Semenanjung sahaja:

i. Semua program pengajian di UiTM;
ii. Asasi UIAM;
iii. Asasi Sains UM;
iv. Asasi UNIMAS;
v. Asasi UMS; dan
vi. Asasi UniSZA

Syarat Am UPU Bagi Program Lepasan STPM/Setaraf

1. Terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap yang mempunyai No. KP/My Kad sahaja.

2. Bukan Warganegara memohon terus ke UA berkaitan.

ARTIKEL BERKAITAN : Permohonan UPU Kemasukan ke UA/ Politeknik

Syarat Kelayakan Kemasukan UA

1) SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

Pemohon mestilah memiliki sijil SPM dengan mendapat KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu dan LULUS dalam mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013. Kepujian Bahasa Melayu kertas Julai juga turut diambil kira;

2) SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA (STPM)

Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan Gred C dalam 3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am; atau

3) SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Mendapat sekurang-kurangnya peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Pangkat Jayyid; atau

4) MATRIKULASI /ASASI

Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;

Syarat Khas 

Mendapat sekurang-kurangnya Band 1 dalam Malaysia University English Test atau MUET mengikut tempoh sah laku hanya 5 tahun.

Senarai Sistem Semakan Kelayakan UPU Online

Berikut adalah aplikasi semak syarat kelayakan ke IPTA bagi kemasukan Universiti Awam, Politeknik Premier dan Politeknik Konvensional.

1. e-Panduan Permohonan Kemasukan ke Universiti Awam/ Politeknik Premier

Sistem online ini akan memaparkan maklumat seperti senarai UA/ Politeknik, senarai program pengajian yang ditawarkan dan syarat khas program.

Aplikasi Semakan : https://online.moe.gov.my/upu/emas/index_epanduan.php

2. e-Panduan Permohonan Kemasukan ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti & ILKA

Sistem online ini akan memaparkan maklumat seperti senarai Politeknik Konvensional/ METrO dan ILKA, senarai program pengajian yang ditawarkan dan syarat khas program.

Aplikasi Semakan : https://online.moe.gov.my/upu/vteilka/fepanduan/ atau http://www.politeknik.edu.my/esemak/index.asp

Untuk keterangan tentang kemasukan ke Universiti Awam, pemohon boleh hubungi No. Hotline UPU di talian 03- 88708820 atau layari laman sesawang rasmi UPU di http://upu.mohe.gov.my/web/ atau laman ramsi FB UPU BPKP JPT.

BACA JUGA : Cara Kira Merit UPU Kemasukan Universiti Awam (Lepasan SPM/ STPM)

Sumber : UPU

Leave a Reply