Permohonan UUM Februari 2019 (Program Sarjana Muda)

Permohonan UUM Februari 2019 (Program Sarjana Muda). Adakah anda pelajar lepasan STPM/ Setaraf yang ingin melanjutkan pengajian ke Universiti Awam bagi program Sarjana Muda sesi Februari 2019? Berita baik buat anda dimana anda boleh membuat permohonan Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk Program Ijazah Sarjana Muda ambilan Februari 2019 yang dijangka dibuka bulan Oktober 2018. Selain UUM, terdapat beberapa Universiti Awam yang lain menawarkan pengambilan kedua (second intake) bagi program Diploma dan Sarjana Muda.

Permohonan UUM Februari 2019 (Program Sarjana Muda)

Permohonan UUM Februari 2019 (Program Sarjana Muda)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan UUM yang memaparkan syarat kelayakan, cara permohonan dan cara hubungi. Selain anda membuat permohonan secara terus ke portal UUM, anda boleh membuat permohonan menerusi UPUOnline yang akan dibuka tahun 2019/2020.

Tarikh Penting Permohonan UUM 2019

● Iklan Permohonan : Oktober/ November 2018

● Aplikasi Permohonan : http://asisonline.uum.edu.my/online_app/ralat_tawaran.aspx

● Tarikh Daftar : Februari 2019

Cara Permohonan UUM Februari 2019 Online

Bagi pemohon yang berminat melanjutkan pengajian ke UUM boleh layari ke laman sesawang UUM di http://asisonline.uum.edu.my/.

Semakan Keputusan UUM Februari 2019 Online

Keputusan permohonan boleh disemak di laman web rasmi UUM dijangka pada bulan Januari/ Februari 2019. Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas pengumuman rasmi keputusan UUM dianggap gagal dan tidak berjaya.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus kepada :

Unit Kemasukan Rekod dan Promosi (UKRP)

Jabatan Hal Ehwal Akademik

Universiti Utara Malaysia

06010 UUM Sintok

Kedah

No tel : 04-928 3323/3324/3334

Selamat membuat permohonan UUM bagi Program Ijazah Sarjana Muda. Semoga anda berjaya ditawarkan penempatan ke Universiti Utara Malaysia ambilan 2019-2020.

Leave a Reply

%d bloggers like this: