Permohonan Program Al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab 2023 KPM Online

Permohonan Program Al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab 2023 KPM Online. Panduan buat pelajar lepasan PT3 yang berminat melanjutkan pengajian di Sekolah Agama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Untuk makluman menerusi portal rasmi KPM, mempelawa Murid Lepasan Tingkatan Tiga (3) Tahun 2020 yang menduduki PT3 untuk memohon mengikuti program Al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab yang ditawarkan bagi ambilan Januari 2021. Bagi pelajar yang berminat boleh membuat permohonan program Al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab bagi kemasukan ke Tingkatan Empat di Sekolah Agama Kementerian Pendidikan Malaysia ambilan 2023. Permohonan ini boleh dibuat secara online bermula daripada 25 Oktober hingga 6 November 2020.

Permohonan Program Al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab 2023 KPM Online

Al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab adalah merupakan satu program pengajian hasil penggabungan Kurikulum Kebangsaan aliran tahfiz sains dalam Kurikulum Bersepadu Tahfiz dan kitab turath untuk murid tahfiz terpilih di peringkat menengah atas. Matlamat pakej mata pelajaran al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab diperkenalkan adalah untuk memberi nilai tambah penguasaan ilmu tahfiz dan turath kepada murid Tingkatan 4 dan 5 aliran tahfiz sains.

Permohonan Program Al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab 2023 KPM Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pengambilan murid Al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab di Sekolah Agama KPM termasuk memaparkan syarat kemasukan, tarikh penting dan aplikasi permohonan :

Tarikh Penting Pengambilan Al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab

  • Tarikh Permohonan : 25 Oktober – 6 November 2020
  • Ujian Kemasukan Murid al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab Kementerian Pendidikan Malaysia Tingkatan 4 Ambilan 2021 : 23 – 26 November 2020
  • Semakan layak temuduga : 7 Disember 2020
  • Temuduga secara dalam talian : 13 Disember – 16 Disember 2020
  • Keputusan tawaran : 28 Disember 2020
  • Pendaftaran tawaran : 16 Februari 2021
  • Rayuan : 16 Februari – 18 Februari 2021

Syarat Program Al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab 2023

Calon-calon hendaklah memenuhi syarat-syarat seperti berikut :

1. Warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 16 tahun pada 1 Januari sesi persekolahan tahun 2019;

2. Lulus ujian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan mendapat sekurang-kurangnya 6A termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Pendidikan Islam/ Usul al-Din/al-Syariah dan Bahasa Arab/al-Lughah al-Arabiah al-Muasirah;

3. Telah menghafaz al-Quran sekurang-kurangnya 20 juzuk dan mendapat perakuan daripada pihak sekolah;

4. Melalui proses temu duga dengan mengambil kira pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah, Pentaksiran Psikometrik dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kesihatan;

5. Bersetuju mengikuti program ini sehingga tamat tingkatan lima (5).

Cara Permohonan Program Al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab 2020 Online

1. Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan menduduki ujian ini secara
dalam talian di laman sesawang https://ytklik.terengganu.gov.my mulai 25 Oktober 2020 hingga 6 November 2020.

2. Pemohon yang memilih mengikuti pengajian al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab
hendaklah menduduki Ujian Kemasukan Murid al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab
Kementerian Pendidikan Malaysia Tingkatan 4 Ambilan 2020.

3. Ujian ini akan dilaksanakan di pusat-pusat ujian terpilih yang ditentukan oleh
pihak Jabatan Pendidikan Negeri.

4. Pemohon yang hadir untuk menduduki ujian ini hendaklah membawa dokumen seperti yang berikut:
a. salinan keputusan akhir Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan peperiksaan akhir tahun yang telah disahkan;
b. buku rekod hafazan al-Quran yang telah disahkan oleh pihak sekolah.

5. Ujian ini merupakan kaedah pemilihan calon untuk menduduki Ujian Temuduga Kemasukan Murid al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab Kementerian Pendidikan Malaysia Ambilan 2021.

SEMAKAN CALON LAYAK TEMU DUGA

1. Maklumat berkaitan status permohonan yang berjaya dipanggil temuduga akan
dimaklumkan melalui laman sesawang https://ytklik.terengganu.gov.my;dan

2. Calon yang berjaya dalam temuduga al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab boleh menyemak keputusan temu duga melalui laman web https://ytklik.terengganu.gov.my.

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan :

BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS BAWAH & 2
NO 2251, JALAN USAHAWAN 1,
63000 CYBERJAYA
SELANGOR DARUL EHSAN
(u.p : Sektor Kemajuan Sekolah Agama)
No. Telefon : 03-8321 7336
E-mel : yusnidah.mahat@moe.gov.my

YAYASAN TERENGGANU
BANGUNAN YAYASAN
JALAN SULTAN ISMAIL
20200 KUALA TERENGGANU
TERENGGANU DARUL IMAN
(u.p : Bahagian Pengurusan Imtiaz )
No. Telefon : 09-622 1733
E-mel : hamdiytrg@gmail.com

Leave a Reply