Permohonan Program Bacelor UPM 2024/2025 Online (Saluran Inklusif). Panduan buat pelajar yang berminat melanjutkan pengajian ke Universiti Putra Malaysia. Untuk makluman, pihak UPM telah menawarkan permohonan kemasukan Program Bacelor UPM 2024/2025 bagi individu yang tidak mendapat tawaran kemasukan ke universiti melalui UPUOnline. Permohonan ini boleh dibuat secara online bermula daripada 26 Jun 2024 sehingga 8 September 2024 (program bertemuduga & program tanpa temuduga).
Saluran Inklusif merupakan satu saluran yang memberi peluang kepada calon yang mempunyai kelayakan akademik yang cemerlang tetapi tidak mendapat tawaran program yang diminati melalui permohonan UPUOnline untuk melanjutkan pengajian yang menjadi pilihan
Tempoh Permohonan Program Bacelor UPM
- Fasa 1: 26 Jun 2024 sehingga 8 September 2024 (program bertemuduga & program tanpa temuduga)
- Fasa 2: 9 sehingga 30 September 2024 (program tanpa temuduga sahaja)
Syarat Kemasukan Program Bacelor UPMĀ 2024
Antara syarat-syarat kemasukan ke Program Bacelor UPM ini adalah seperti berikut;
1. Lulus SPM dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Sejarah.
2. Lulus Peperiksaan STPM/ Matrikulasi/ Asasi/ Diploma/ GCE A Level/ International Baccalaureate (IB)/Australian Matriculation (AUSMAT)/APEL T-6 atau kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.
3. Memenuhi syarat minimum program dan tahap MUET/ TOEFL/ IELTS yang ditetapkan oleh Fakulti.
Cara Mohon Program Bacelor UPM 2024/2025 Online (Saluran Inklusif)
1. Permohonan Program Bacelor UPM boleh dibuat secara online menerusi pautan http://intake.upm.edu.my/alternatif/
2. Bagi pemohon baru, anda perlu klik pada daftar pemohon baharu dan isikan butiran permohonan yang diminta dengan lengkap.
3. Kemudian, muat turun borang permohonan dalam Bahagian “Pengesahan Penghantaran Borang Aplikasi Atas Talian” sebagai bukti permohonan telah dihantar.
4. Borang permohonan, bukti pembayaran dan dokumen sokongan yang lengkap perlu diemelkan ke alamat akd.alternatif_doc@upm.edu.my.
Sebarang pertanyaan lanjut tentang Kemasukan UPM melalui Saluran inklusif, sila hubungi UPM Education & Training di talian 03-8959 3404/3405 dan 03-9769 6081/019-429 0348 (WhatsApp).