Syarat Kemasukan UPM 2023 (Universiti Putra Malaysia)

Syarat Kemasukan UPM 2023 (Universiti Putra Malaysia). Berminat menyambung pengajian di UPM? Panduan buat pelajar lepasan Matrikulasi, Asasi, STPM dan Diploma yang berminat melanjutkan pengajian ke Universiti Putra Malaysia (UPM) ambilan 2022/2023. Untuk makluman, permohonan kemasukan ke UPM bagi program Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana Muda (Masters) untuk kemasukan Februari 2023 boleh dibuat terus ke laman portal UPM.

Syarat Kemasukan UPM 2023 (Universiti Putra Malaysia)

Universiti Putra Malaysia atau dahulunya dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia merupakan salah satu Universiti Awam terbaik di Malaysia yang terletak di Selangor. Kampus utama UPM terletak di Serdang, Selangor. UPM turut disenaraikan salah sebuah daripada 5 universiti di Malaysia yang bertaraf universiti penyelidikan.

Syarat Kemasukan UPM 2023 (Universiti Putra Malaysia)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang syarat kemasukan ke Universiti Putra Malaysia termasuk memaparkan syarat am dan khas akademik bagi lepasan SPM dan STPM :

Syarat Khas Program Kemasukan UPM

Bachelor Reka Bentuk (Seni Bina)

Sekurang-kurangnya mendapat Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) daripada mata pelajaran berikut pada peringkat STPM iaitu Fizik, Biologi, Matematik, Matematik Tambahan, Ekonomi, Seni Lukis/ Seni Visual, Geografi

Bachelor Perakaunan

i. Sekurang-kurangnya mendapat Gred C+ (NGMP 2.33) dalam satu (1) daripada mata pelajaran berikut pada peringkat STPM iaitu Matematik, Matematik Tambahan, Ekonomi, Perakaunan, Geografi, Pengajian Perniagaan;
ii. Kepujian mata pelajaran Matematik dan lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.
iii. Calon yang mendapat Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Matematik pada peringkat STPM dikecualikan daripada syarat kepujian Matematik pada peringkat SPM.

Sarjana Muda Kejuruteraan Awam

i. Memiliki Diploma dalam bidang yang berkaitan dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dengan mendapat sekurang-kurangnya Purata Matanilai Himpunan (CPA/PNGK) 2.50
ii. Memiliki Diploma dalam bidang yang berkaitan dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) / Politeknik / yang setaraf dengannya dan diperakui oleh Senat Universiti dengan mendapat sekurang-kurangnya Purata Matanilai Himpunan (CPA/PNGK) 3.00
iii. Calon-calon yang tidak memenuhi syarat CPA/PNGK di atas tetapi mendapat
sekurang-kurangnya CPA/PNGK 2.30 dan mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 2 tahun dalam bidang yang berkaitan boleh dipertimbangkan.
iv. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET).

Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian) Kimia Industri/ Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian) Teknologi Bahan

i. Memiliki Diploma dalam bidang yang berkaitan dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dengan mendapat sekurang-kurangnya Purata Matanilai Himpunan (CPA/PNGK) 2.50;
ii. Memiliki Diploma dalam bidang yang berkaitan dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) / Politeknik / yang setaraf dengannya dan diperakui oleh Senat Universiti dengan mendapat sekurang-kurangnya Purata Matanilai Himpunan (CPA/PNGK) 3.00;
iii. Calon-calon yang tidak memenuhi syarat CPA/PNGK di atas tetapi mendapat
sekurang-kurangnya CPA/PNGK 2.30 dan mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 2 tahun dalam bidang yang berkaitan boleh dipertimbangkan;
iv. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET).

Nota: Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang syarat kemasukan boleh terus ke laman https://upm.edu.my/akademik

Untuk mendapat keterangan lanjut mengenai Universiti Putra Malaysia (UPM) sila hubungi :-

Pendaftar
Bahagian Akademik
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM SERDANG
Selangor Darul Ehsan

No. Tel : 03 – 8946 6000 / 6059 / 6060
No. Fax : 03 – 8942 6469
E-mail : pengambilan@putra.upm.edu.my
Laman web : https://upm.edu.my/

BACA JUGA : Permohonan Kemasukan UPM 2023

2 Comments

  1. Muhammad Haiqal bin Mohamad Shukri June 13, 2021
  2. sufiah binti zulkifli June 16, 2021

Leave a Reply