Permohonan Semak Semula Keputusan MUET 2019

Permohonan Semak Semula Keputusan MUET 2019. Apakah keputusan peperiksaan MUET anda? Tahniah diucapkan kepada calon yang mendapat keputusan MUET cemerlang. Panduan buat calon yang ingin membuat permohonan rayuan penyemakan semula Ujian MUET. Untuk makluman, keputusan MUET sesi Mac, Julai dan November 2019 boleh dibuat secara online di laman web MPM. Bagi calon yang kurang puas hati dengan keputusan MUET yang diperolehi, anda hendaklah melengkapkan borang Rayuan Penyemakan Semula Keputusan MUET yang boleh didapati di portal Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Permohonan Semak Semula Keputusan MUET 2019

Permohonan Semak Semula Keputusan MUET 2019

Berikut dikongsikan adalah langkah-langkah permohonan rayuan semakan semula keputusan MUET :

Rayuan Semak Semula Keputusan MUET 2019

PIN BSN

Untuk permohonan rayuan penyemakan semula akan dikenakan harga sebanyak RM70.00 dan RM1.06 (caj perkhidmatan & GST). Dengan itu, calon perlu membuat pendaftaran dengan cara membeli nombor PIN MEC di Bank Simpanan Nasional. Calon juga boleh membuat pembayaran secara dalam talian (online) iaitu melalui FPX (dikenakan caj tambahan sebanyak RM2.00) atau melalui Kad Kredit/Kad Debit (caj tambahan RM2.50)

DAFTAR ONLINE

Calon juga boleh mengemukakan rayuan penyemakan semula keputusan MUET secara online di portal MPM http://webmpm1.mpm.edu.my/muet_ss/ atau Applikasi MUETbyMPM yang boleh dimuat turun di aplikasi App Store (iOS) dan Google Play (Android).

Nota Semak Semula Keputusan MUET

Sila pastikan anda menerima 3 perkara berikut selepas membuat pembayaran secara online.

1. Notis berjaya.

2. Emel pengesahan daripada MPM.

3. Notifikasi SMS.

Permohonan Semak Semula Keputusan MUET 2018

Semakan Keputusan Permohonan Rayuan Semak Semula MUET

Keputusan rayuan penyemakan semula keputusan ujian MUET boleh dibuat secara dalam talian di portal MPM http://www.mpm.edu.my selepas 18 hari permohonan lengkap diterima di MPM (hari bekerja).

INFO BERKAITAN :

○ Jadual Peperiksaan MUET 2019

Selamat membuat permohonan rayuan penyemakan semula keputusan MUET secara online. Semoga anda berjaya mendapat keputusan terbaik dalam peperiksaan MUET.

Leave a Reply

%d bloggers like this: