Jadual Peperiksaan MUET 2024 MPM (Sesi 1, 2 & 3)

Jadual Peperiksaan MUET 2024 MPM (Semua Sesi). Bilakah tarikh ujian MUET tahun 2024? Panduan buat calon yang ingin mengambil peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) tahun 2024. Untuk makluman, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah mengeluarkan Kalendar Peperiksaan MUET sesi 2024 yang mengandungi tarikh pendaftaran dan hari peperiksaan. Peperiksaan MUET kebiasaannya akan diadakan sebanyak 3 kali setiap tahun bagi sesi Mac, Julai dan November. Bagi calon sekolah atau institusi boleh membuat pendaftaran MUET tahun 2024 secara dalam talian melalui portal MPM https://muet.mpm.edu.my.

Jadual Peperiksaan MUET 2024 MPM (Semua Sesi)
Kredit imej : hipwallpaper

Jadual Peperiksaan MUET 2024 MPM (Semua Sesi)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kalendar peperiksaan MUET yang memaparkan maklumat berkaitan tarikh buka dan tutup pendaftaran, tarikh ujian bertulis dan ujian speaking :

Malaysian University English Test atau singkatan MUET adalah merupakan satu ujian yang bertujuan untuk mengukur pencapaian dan kemahiran berbahasa Inggeris pelajar-pelajar prauniversiti di Malaysia. Bagi anda yang ingin melanjutkan pengajian ke universiti awam untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda hendaklah menduduki peperiksaan MUET sebagai prasyarat kemasukan ke Universiti Awam. Tempoh sah laku keputusan ujian MUET ialah lima tahun mulai tarikh keputusan ujian MUET dikeluarkan.

Tarikh Daftar MUET 2024 MPM

Sesi 1

  • Tarikh Pendaftaran: 4 Januari – 5 Februari 2024
  • Ujian Speaking: 16, 17, 18, 22, 23 dan 24 April 2024
  • Ujian Bertulis: 27 April 2024
  • Keputusan: –

Sesi 2

  • Tarikh Pendaftaran: 2 Mei – 4 Jun 2024
  • Ujian Speaking: 23, 24, 25, ,29, 31 Julai 2024 & 1 Ogos 2024
  • Ujian Bertulis: 3 Ogos 2024
  • Keputusan: –

Sesi 3

  • Tarikh Pendaftaran: 9 September – 11 Oktober 2024
  • Ujian Speaking: 26, 27, 28 November 2024 & 2, 3, 4 Disember 2024
  • Ujian Bertulis: 7 Disember 2024
  • Keputusan: –
Jadual Peperiksaan MUET 2024 MPM (Sesi 1, 2 & 3)

ARTIKEL BERKAITAN: Jadual MUET On Demand

Komponen Ujian MUET

Kertas yang ditawarkan dalam ujian MUET meliputi empat kertas seperti yang berikut:

Kod KertasNama Kertas
800/1Listening (50 minit)
800/2Speaking (30 minit)
800/3Reading (75 minit)
800/4Writing (75 minit)

Kadar Bayaran Yuran Menduduki Ujian MUET

Bayaran yuran untuk menduduki ujian MUET adalah RM150 bagi warganegara Malaysia. Manakala, calon bukan warganegara dikenakan bayaran sebanyak RM350.

NOTA: Berkuatkuasa mulai Ujian MUET sesi 1 tahun 2024, kada baharu yuran pendaftaran untuk menduduki MUET sesi bagi calon warganegara Malaysia ialah RM150.00 per calon.

Cara Daftar MUET Tahun 2024

Pendaftaran MUET bagi calon sekolah/institusi dibuat secara dalam talian melalui portal MPM http://www.mpm.edu.my.

Manakala, pendaftaran bagi calon Persendirian Individu dibuat secara dalam talian sahaja
melalui portal http://www.mpm.edu.my atau pautan terus di https://muet.mpm.edu.my/.

Muat Turun Kalendar MUET 2024

Bagi pelajar yang ingin dapatkan jadual ujian MUET dalam bentuk PDF, calon boleh muat turun di laman web https://www.mpm.edu.my/images/dokumen/kalendar/2023/Kalendar_MUET_Tahun_2024_-_Edis_17112023_BM.pdf

Panduan Lulus Cemerlang MUET

Panduan buat calon yang nak menduduki exam MUET tahun 2024. Untuk makluman, ada satu rujukan lengkap MUET yang ditulis oleh penulis profesional untuk membantu calon. Panduan ini memberi garis panduan tentang bagaimana peperiksaan MUET dijalankan dan juga teknik-teknik menjawab soalan-soalan komponen Listening, Speaking, Reading dan Writing. Untuk dapatkan rujukan MUET ini, anda boleh layari ke PANDUAN MUET .

Untuk keterangan lanjut sila hubungi di talian 03 61261600 atau emel ke psm@mpm.edu.my.

BACA JUGA:

One Response

  1. Khadijah June 25, 2018

Leave a Reply