Permohonan Timur Tengah 2020/2021 (Mesir & Jordan)

Permohonan Timur Tengah 2020/2021 (Mesir & Jordan). Anda ingin melanjutkan pengajian ke Timur Tengah? Panduan buat buat pelajar lepasan STAM yang baru sahaja mendapat keputusan STAM dan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Diploma Qiraat. Untuk makluman menerusi laman Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa kepada pelajar yang berkelayakan untuk membuat permohonan Timur Tengah ke Mesir dan Jordan ambilan 2020/2021. Permohonan ini boleh dibuat secara online bermula 21 Januari sehingga 9 April 2020 di laman web rasmi KPM.

Permohonan Timur Tengah 2020/2021 (Mesir & Jordan)

Pemohon bagi melanjutkan pengajian ke Timur Tengah bagi bidang Pengajian Islam, Perubatan, Pergigian dan Farmasi HANYA diproses oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sahaja. KPM TIDAK MELANTIK mana-mana agen bagi menguruskan pelajar ke Timur Tengah. Sebagai makluman, penggunaan agen bagi menguruskan permohonan dan penempatan ke Timur Tengah adalah atas pilihan dan tanggungjawab pelajar atau ibubapa sendiri.

Permohonan Timur Tengah 2020/2021 (Mesir & Jordan)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan ke Timur Tengah termasuk memaparkan tarikh dan aplikasi permohonan :

Lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia  (STAM)

a. Tarikh Dibuka: 21 Januari 2020, jam 2.00 petang

b. Tarikh Ditutup: 3 Februari 2020, jam 11.59 malam

Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) & Diploma Qiraat

a. Tarikh Dibuka: 21 Januari 2020, jam 2.00 petang

b. Tarikh Ditutup: 9 April 2020, jam 11.59 malam

Cara Permohonan ke Timur Tengah Online

  1. Permohonan dan pendaftaran boleh dibuat secara online di laman web rasmi KPM https://dohe.moe.gov.my/timurtengah
  2. Setelah membuat pendaftaran, anda perlu log masuk ke dalam sistem e-timur tengah di pautan berkenaan untuk melengkapkan maklumat permohonan.
  3. Pastikan maklumat yang diisi adalah betul dan lengkap sebelum tekan butang simpan dan hantar.
  4. Anda boleh membuat semakan kelayakan selepas tempoh tujuh (7) hari bekerja daripada tarikh tutup permohonan. Sekiranya anda disahkan layak meneruskan permohonan, slip permohonan boleh dicetak melalui sistem e-timurtengah.
  5. Anda dinasihatkan untuk membuat terjemahan Sijil Lahir dan keputusan SPM / STAM lebih awal bagi mengelakkan kelewatan penerimaan terjemahan.
  6. Bagi pemohon lepasan STAM, sijil asal STAM (Bahasa Arab) yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksan Malaysia TIDAK BOLEH LAMINATE. Hanya sijil asal STAM yang diterima oleh Universiti Al- Azhar.
  7. Semua dokumen sokongan perlu disahkan oleh Pegawai Kanan Kerajaan (Kumpulan A) / Ahli Dewan Undangan Negeri / Pesuruhjaya Sumpah / Pengetua / Guru Besar / Ketua Kampung / Penggawa / Penghulu.
  8. Anda WAJIB mengisi Borang Aku Janji Permohonan Melanjutkan Pengajian Ke Timur Tengah Bagi Sesi 2020/2021 dan dikemukakan sekali bersama dokumen sokongan.

Nota : Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang panduan permohonan boleh ke laman KPM.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi di:

Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 4, No.2, Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5, 62200 PUTRAJAYA
No. Tel : 03-8870 6627 / 6226
No. Faks : 03-8870 6853
Emel : norwahidah@mohe.gov.my / zairina@mohe.gov.my
Facebook : Education Malaysia Division

BACA JUGA : Semakan Keputusan Timur Tengah 2020/2021

Leave a Reply

%d bloggers like this: