Permohonan Biasiswa YB Menteri Pendidikan 2022 (Atlit Cemerlang IPT). Bilakah tarikh permohonan Biasiswa YB Menteri Pendidikan dibuka? Panduan buat atlet yang cemerlang dalam bidang sukan dan akademik. Untuk makluman menerusi portal Kementerian Pendidikan Malaysia, mempelawa kepada kepada atlet yang cemerlang dalam bidang sukan serta mempunyai potensi akademik boleh memohon biasiswa YB Menteri Pendidikan 2021 untuk meneruskan pengajian di IPT. Permohonan ini boleh dibuat secara online di laman web rasmi KPM bermula daripada 25 Mei hingga 8 Jun 2021.

Tawaran biasiswa ini terbuka kepada semua atlet yang bergiat aktif dalam semua bidang sukan yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Majlis Sukan Negara (MSN). Penerima biasiswa ini tidak mempunyai ikatan kontrak untuk berkhidmat dengan kerajaan.
Permohonan Biasiswa YB Menteri Pendidikan 2022 (Atlit Cemerlang IPT)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Biasiswa YB Menteri Pendidikan termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan, elaun dan kemudahan serta cara permohonan :
Tarikh Permohonan : 25 Mei hingga 8 Jun 2021
Syarat Kelayakan Biasiswa YB Menteri Pendidikan
Antara syarat-syarat kelayakan Biasiswa YB Menteri Pendidikan adalah seperti berikut :
i. Warganegara Malaysia yang tidak melebihi umur seperti ketetapan berikut pada tarikh tutup permohonan :
a. 45 tahun bagi pengajian di peringkat Ijazah Lanjutan (Sarjana / Dr. Falsafah)
b. 30 tahun bagi pengajian di peringkat Ijazah Pertama
c. 25 tahun bagi pengajian di peringkat Diploma
ii. Kursus pengajian adalah terbuka kepada semua bidang yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Malaysian Qualification Agency (MQA) di IPTA, Politeknik dan IPTS (bertaraf Universiti dan Kolej Universiti sahaja). Walau bagaimanapun, bagi kursus kritikal seperti perubatan, farmasi dan pergigian hanya ditawarkan kepada pengajian di IPTA sahaja.
iii. Pemohon tidak berkhidmat dengan mana-mana organisasi / berpendapatan tetap.
iv. Tidak menerima sebarang tajaan / biasiswa daripada mana-mana institusi / agensi kerajaan / swasta yang lain semasa permohonan dibuat.
v. Telah mendapat surat tawaran atau sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Sarjana / Dr. Falsafah dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Tempatan
vii. Bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian di IPT, perlu :
a. Mendapat keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK 2.50 bagi atlet IPT atau memperoleh PNGK 2.00 bagi atlet Negara pada semester terkini sebelum tarikh tutup permohonan bagi pemohon yang sedang mengikuti pengajian di IPT.
b. Memiliki baki pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun dan ke atas di mana-mana IPT.
viii. Pelajar masih bergiat aktif sebagai atlet dengan pencapaian sekurang-kurangnya memenangi pingat dalam Sukan Malaysia (SUKMA)/ Sukan Universiti ASEAN (SUA)/ Kejohanan Kebangsaan yang diiktiraf atau PINGAT EMAS di Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) sebelum tarikh tutup permohonan.
Elaun dan Kemudahan
a. Yuran pengajian dibayar mengikut kadar yang dituntut oleh IPT.
b. Elaun sara hidup, elaun buku, elaun perkakas, elaun tesis dan elaun latihan amali/ kertas projek adalah mengikut kadar biasiswa dalam negara yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.
c. Elaun Insentif Pencapaian Sukan mengikut kategori yang ditetapkan.
- Kategori 1 (Atlet Elit Antarabangsa) – RM 1000 sebulan
- Kategori 2 (Atlet Senior/ Junior Antarabangsa) – RM 500 sebulan
- Kategori 3 (Atlet Kebangsaan) – RM 250 sebulan.
d. Perlindungan Insuran Sukan dan Kad Perubatan
Cara Permohonan Biasiswa YB Menteri Pendidikan Online
- Permohonan adalah secara atas talian (online) melalui laman sesawang https://biasiswa.moe.gov.my/sukan/.
- Setiap pemohon hanya layak membuat satu (1) permohonan SAHAJA dan diwajibkan memuat naik Surat Tawaran Pengajian.
- Pemohon yang berjaya dipanggil untuk sesi temuduga DIWAJIBKAN membawa bersama SATU (1) salinan cetakan permohonan dan Surat Tawaran Pengajian yang telah disahkan oleh PEGAWAI SUKAN DARI PUSAT SUKAN IPT masing-masing dan dokumen sokongan yang berkaitan semasa menghadiri temuduga.
Nota :
a. Semakan sesi temuduga Biasiswa YB Menteri Pendidikan – Atlit Cemerlang IPT dibuka secara atas talian bermula pada 30 Jun 2021.
b. Permohonan yang tidak lengkap secara automatik tidak akan dipertimbangkan.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi di talian :
UNIT SUKAN, CAWANGAN OPERASI STRATEGIK
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELARASAN DASAR
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 2, NO.2, MENARA 2
JALAN P5/6 PRESINT 5
62200 W.P. PUTRAJAYA
(u.p. :En. Salehudin Bin Mohamed / Puan Noor Liyana Binti Abd Yusof)
No. Tel : 03-8870 6639/5188
Emel : salehudin.m@moe.gov.my / liyana.yusof@moe.gov.my
BACA JUGA : Senarai Bantuan Kewangan Pelajar IPT (Biasiswa/Pinjaman/Zakat)
Sumber : MOE