Permohonan Maybank Group Scholarship Programme 2025 Online (Semakan Keputusan). Nak mohon biasiswa tahun 2025? Panduan buat pelajar yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat tinggi. Untuk makluman, Kumpulan Maybank telah mengumumkan satu bantuan pelajaran iaitu Maybank Group Scholarship Programme tahun 2025 dibuka kepada rakyat Malaysia yang cemerlang untuk melanjutkan pengajian mereka di universiti awam tempatan dan universiti peringkat tinggi di United Kingdom, Amerika Syarikat dan Australia. Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi laman web https://www.maybankfoundation.com sehingga tarikh tutup pada 6 Mac 2023.

Bermula dari 2019, Program Biasiswa Kumpulan Maybank tersedia di negara-negara di mana Maybank mempunyai kehadiran tempatan yang ketara dan perkhidmatan perbankan penuh di Kemboja, Indonesia dan Filipina. Biasiswa penuh diberikan kepada pelajar terpilih yang berpotensi tinggi dalam aktiviti akademik dan kokurikulum serta kualiti kepimpinan yang cemerlang dan ditaja untuk belajar di universiti peringkat tinggi di Malaysia, Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Permohonan Maybank Group Scholarship Programme 2025 Online (Semakan Keputusan)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Maybank Group Scholarship Programme termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan, bidang ditaja dan cara mohon:
Syarat Kelayakan Maybank Group Scholarship Programme 2025
Antara syarat-syarat kelayakan Maybank Group Scholarship Programme bagi pengajian dalam dan luar negeri iaitu:
i. Pengajian Dalam Negara
- Jumlah pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM120,000 setahun.Berumur tidak melebihi 21 tahun.
- Berumur tidak melebihi 21 tahun.
ii. Pengajian Luar Negara
- Jumlah pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM180,000 setahun.
- Telah mendaftar dalam program Asasi, dan telah diterima untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sepenuh Masa di universiti peringkat teratas terpilih di UK, Amerika Syarikat atau Australia (Surat Kemasukan atau Tawaran Surat Bersyarat).
- Berumur tidak melebihi 21 tahun.
Senarai Bidang Pengajian Maybank Group Scholarship
- Perakaunan
- Kewangan
- Pengurusan
- Pemasaran
- Teknologi maklumat
- Ekonomi
- Perbankan
- Aktuari
- Matematik
- Sumber Manusia
- Psikologi
- Perniagaan
- Undang-undang
- Statistik
- Pelaburan
- Pengurusan Risiko
- Kursus berkaitan sedia masa hadapan iaitu pengaturcaraan, pengekodan, reka bentuk kreatif, sains data, aplikasi mudah alih, reka bentuk web, dll

Senarai Universiti Layak Mohon Maybank Group Scholarship Programme
Untuk pengajian tempatan di Malaysia, pelajar dari Universiti Awam berikut layak memohon biasiswa ini:
- Universiti Malaya (UM)
- Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Universiti Teknologi Mara (UITM)
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
- Universiti Sains Malaysia (USM)
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
- Universiti Utara Malaysia (UUM)
- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
- Universiti Malaysia Pahang (UMP)
Biasiswa sedemikian akan menampung kos penuh tuisyen dan yuran pendaftaran, dan perbelanjaan berkaitan termasuk buku, penginapan, dan elaun sara hidup.
Cara Mohon Program Biasiswa Kumpulan Maybank Online
Permohonan ini boleh dibuat secara online menerusi laman web https://www.maybankfoundation.com/index.php/our-impact/maybank-group-scholarship-programme
Untuk keterangan lanjut boleh emel ke mf.inquiry@maybank.com
BACA JUGA: Senarai Biasiswa Ijazah Sarjana Muda