Permohonan SMA Negeri Johor 2024/2025 Online (eSMANJ). Berminat melanjutkan pengajian ke SMA Negeri Johor? Panduan buat pelajar lepasan Tahun Enam yang berminat melanjutkan pengajian ke Sekolah Menengah Agama Negeri Johor tahun 2024. Untuk makluman menerusi portal Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor, mempelawa kepada pelajar yang berminat untuk membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Menengah Agama Negeri Johor (eSMANJ) bagi Tingkatan Satu tahun 2023. Permohonan ini boleh dibuat secara online menerusi laman web http://daftar-smanj.net bermula daripada 1 Disember hingga 26 Disember 2022.

Permohonan SMA Negeri Johor 2024/2025 Online (eSMANJ)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan kemasukan Sekolah Menengah Agama Negeri Johor Tingkatan 1 termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan, senarai sekolah dan aplikasi permohonan :
Tarikh Penting Kemasukan SMA Johor 2024
- Tarikh Permohonan : 1 Disember – 26 Disember 2022
- Semakan Ujian Kelayakan : 28 Disember 2022 – 1 Januari 2023
- Ujian Kelayakan : 2 Januari – 5 Januari 2023
- Semakan dan Pengesahan Calon Berjaya & Rayuan : 15 Januari – 31 Januari 2023
- Semakan dan Pengesahan Calon Rayuan : 7 Februari – 17 Februari 2023
Syarat Kemasukan SMA Negeri Johor 2024
Antara syarat-syarat kemasukan Sekolah Menengah Agama Negeri Johor adalah seperti berikut :
1. Warganegara Malaysia.
2. Sihat tubuh badan dan boleh berdikari.
3. Lahir pada 2 Januari 2010 hingga 1 Januari 2011.
4. Hanya calon yang melepasi saringan awal untuk menghadiri ujian kelayakan.

Senarai Sekolah Menengah Agama Negeri Johor
Antara sekolah-sekolah yang ditawarkan di SMA Johor iaitu :
1. Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor, Kluang
2. Maahad Tahfiz Negeri Johor, Johor
3. Maahad Pontian, Pontian
4. Sekolah Menengah Agama Parit Raja, Batu Pahat
5. Sekolah Menengah Agama Bugisiah, Pontian
6. Maahad Johor, Johor Bahru
7. Maahad Johor Lil Banat, Johor Bahru
Cara Permohonan SMA Negeri Johor 2024 Online
1. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) di laman web http://daftar-smanj.net/t1/2023
2. Bagi pengguna yang baru, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di PENGGUNA BARU. Pendaftaran pengguna adalah menggunakan ID Pelajar.
3. Kemudian, anda perlu Log In dengan masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan.
Untuk makluman lanjut sila layari ke portal http://daftar-smanj.net/t1/2023 atau ke Facebook Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
BACA JUGA: Permohonan Sekolah Kawalan