Permohonan Sekolah Menengah Agama Negeri Sembilan 2024 (SMA Nilai)

Permohonan Sekolah Menengah Agama Negeri Sembilan 2024 (SMA Nilai). Berminat melanjutkan pengajian ke SMA Negeri Sembilan? Panduan buat pelajar lepasan UPSR yang berminat melanjutkan pengajian ke Sekolah Menengah Agama Negeri Negeri Sembilan. Untuk makluman menerusi portal SMAN, mempelawa kepada pelajar yang berminat untuk membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Menengah Agama Nilai bagi Tingkatan 1 tahun 2023. Permohonan boleh dibuat secara ‘online’ bagi Tingkatan 1 di aplikasi e-MOHON bermula daripada bulan November 2021.

Permohonan Sekolah Menengah Agama Negeri Sembilan 2023 (SMA Nilai)

Permohonan Sekolah Menengah Agama Negeri Sembilan 2024 (SMA Nilai)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan Sekolah Menengah Agama Nilai termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Tarikh Permohonan : akan dikemaskini

Syarat Kemasukan SMA Nilai 2023

Antara syarat-syarat kemasukan Sekolah Menengah Agama Nilai (SMAN) yang pelajar perlu memenuhi adalah seperti berikut :

1. Mampu membaca dan menulis jawi;

2. Mampu membaca Al-Quran dengan lancar;

3. Mengetahui asas bahasa Arab;

4. Sekurang-kurangnya memperolehi 2A dalam UPSR serta tiada D/E;

5. Sekurang-kurangnya 6A dalam UPKK ATAU Jayyid Jiddan  UPSRA/PSRA

Cara Permohonan SMA Nilai Online Tingkatan 1

1. Bagi pelajar yang berkelayakan perlu mengisi borang permohonan di e-MOHON di alamat http://mohon.sman.edu.my.

2. Setelah diisi dengan lengkap cetak borang permohonan tersebut.

3. Hantar cetakan borang permohonan beserta salinan dokumen yang diperlukan yang TELAH DISAHKAN BENAR oleh Pengetua/Guru besar/pegawai kerajaan Gred A/Ketua Kampung. Antara dokumen-dokumen penting yang perlu dibawa ;

  • Salinan MyKad/Sijil kelahiran pemohon
  • Salinan MyKad ibu dan bapa atau penjaga dan isteri penjaga pemohon
  • Salinan keputusan UPSR
  • Salinan keputusan UPKK, UPSRA ATAU PRSA
  • Salinan sijil berhenti sekolah
  • Salinan Pelaporan Psikometrik
  • Salinan Pelaporan Segak
  • Salinan Pelaporan PAJSK
  • Salinan Pelaporan PDB
  • Salinan Sijil Pencapaian j-QAF
  • Salinan Sijil-Sijil Pencapaian yang berkaitan

4. Setelah borang permohonan diisi dan dicop yang disahkan, pemohon boleh membuat penghantaran cetakan borang permohonan dan salinan dokumen HENDAKLAH dihantar ke pejabat sekolah secara serahan tangan SAHAJA.

5. Bagi penghantaran melalui kaedah lain selain serahan tangan (contoh: kiriman pos, faks, atau e-mel) TIDAK AKAN DILAYAN.

Nota : Untuk rujukan berkaitan ujian, temuduga dan keputusan permohonan akan dipaparkan di portal web rasmi SMA Nilai.

Tarikh Penting Kemasukan SMA Nilai 2020 

i. 21 November 2019 – Tarikh keputusan UPSR diumumkan.

ii. 29 November 2019 – Tarikh tutup permohonan

iii. 7 Disember 2019 – Temuduga dan Ujian Penilaian

iv. 19 Disember 2019 – Keputusan permohonan diumumkan

v. 1 Januari 2020 – Pendaftaran pelajar Tingkatan Satu

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk di bawah :

Alamat: Sekolah Menengah Agama Nilai,
71800 Nilai, Negeri Sembilan
No. Tel: 606-7991826
No. Faks: 606-7996931
Facebook Rasmi: SMA Nilai

BACA JUGA: Semakan Keputusan SMA Nilai

Leave a Reply