Permohonan STAM 2019 Online (SMA MAIWP)

Permohonan STAM 2019 Online (SMA MAIWP). Panduan buat pemohon yang ingin melanjutkan pengajian dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) ambilan 2019. Untuk makluman menerusi portal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), permohonan kemasukan pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) ke Sekolah Menengah Agama (SMA) MAIWP ambilan Januari 2019 dibuka pada 1 November hingga 15 Disember 2018. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di laman sesawang MAIWP.

Permohonan STAM 2019 Online (SMA MAIWP)

Permohonan STAM 2019 Online (SMA MAIWP)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan pengambilan STAM ambilan Januari 2019 termasuk memaparkan syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Syarat Kelayakan Pengambilan STAM 2019 (SMA MAIWP)

1. Warganegara Malaysia

2. Terbuka kepada lepasan SPM 2018

3. Mendapat sekurang – kurangnya “ C ” dalam subjek Bahasa Arab, SPM

Cara Permohonan STAM 2019 Online (SMA MAIWP)

Bagi pemohon yang berminat melanjutkan pengajian di SMA MAIWP boleh isi maklumat pada borang permohonan yang diperolehi di laman sesawang seperti berikut ;

1. Borang permohonan yang telah lengkap diisi. Sila cetak borang permohonan di laman sesawang www.maiwp.gov.my.

2. Sertakan dokumen-dokumen penting bersama borang permohonan ;

i. Salinan kad pengenalan pemohon / ibu dan bapa atau penjaga

ii. Salinan keputusan Sijil Menengah Agama (SMA) (jika ada)

iii. Salinan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

iv. Salinan sijil – sijil Kokurikulum.

v. Salinan slip gaji atau surat pengesahan pendapatan (jika tiada slip gaji) – bapa, ibu / penjaga

3. Bagi permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar ke pejabat sekolah pada atau sebelum 15/12/2018 jam 12.00 tengahari ;

Pejabat Pentadbiran

Sekolah Menengah Agama

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

(SMA-MAIWP KL)

No 2, Jln Sri Permaisuri

Bandar Sri Permaisuri, 56000 Cheras Kuala Lumpur

Nota :

* Sila pastikan semua dokumen yang disertakan telah mendapat pengesahan.

Selamat membuat permohonan STAM 2019 Online (SMA MAIWP) secara online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke SMA MAIWP.

Leave a Reply

%d bloggers like this: