Permohonan Kemasukan Matrikulasi 2023/2024 Online (Semakan Status)

Permohonan Kemasukan Matrikulasi 2023/2024 Online (Semakan Status). Nak mohon program Matrikulasi? Panduan buat lepasan SPM tahun 2022 yang ingin membuat permohonan kemasukan Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia sesi 2023/2024. Untuk makluman menerusi portal KPM, permohonan Matrikulasi sesi 2023/2024 dibuka bermula pada 16 Januari sehingga 16 April 2023. Permohonan ini hanya terbuka kepada pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022. Bagi calon yang berminat boleh membuat permohonan Matrikulasi secara dalam talian di laman web KPM www.moe.gov.my.

Permohonan Kemasukan Matrikulasi 2023/2024 Online (Semakan Status)

Permohonan Kemasukan Matrikulasi 2023/2024 Online (Semakan Status)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang tawaran kemasukan ke Program Matrikulasi termasuk memaparkan tarikh penting, syarat kemasukan dan aplikasi permohonan :

Tarikh Permohonan : 16 Januari – 16 April 2023

Syarat Kemasukan Matrikulasi KPM 2023

Antara syarat-syarat kemasukan ke Program Matrikulasi adalah seperti berikut :

A. Syarat Am

1. Pemohon mestilah pelajar warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2023.

2. Pelajar perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran seperti berikut dalam peperiksaan SPM tahun 2022.

B. Syarat Akademik

A. Jurusan Sains

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik atau Biologi

B. Jurusan Perakaunan

Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan mana-mana dua mata pelajaran daripada Ekonomi Asas, Prinsip Perakaunan, Perdagangan, Sains, Sains Tambahan, Pengajian Keusahawanan, Fizik, Kimia, Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Kejuruteraan Mekanikal / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan)

C. Aliran Teknikal

Kimia, Fizik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Kejuruteraan Awam / Mekanikal / Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan atau Lukisan Kejuruteraan.

Permohonan Kemasukan Matrikulasi 2023/2024 Online (Semakan Status)

Cara Permohonan Matrikulasi KPM Online

Permohonan ini boleh dibuat secara online menerusi portal https://matrikulasi.moe.gov.my/system/index.cfm#permohonan

INFO BERKAITAN : Permohonan UPU Kemasukan ke UA/ Politeknik

Keputusan Permohonan Program Matrikulasi 2023/2024 Online

Keputusan ke Program Matrikulasi akan diumumkan melalui laman sesawang KPM. Pelajar yang berjaya perlu mencetak surat tawaran yang boleh diperolehi secara online di laman sesawang yang sama.

Sebarang pertanyaan atau aduan boleh diemailkan ke mohon.matrik@moe.gov.my.

BACA JUGA : Senarai Kolej Matrikulasi di Seluruh Malaysia

Leave a Reply

%d bloggers like this: