Permohonan Semula Sijil Peperiksaan Hilang (PT3, SPM, LCE Dan MCE)

Permohonan Semula Sijil Peperiksaan Hilang (PT3, SPM, LCE Dan MCE). Bagaimana jika sijil peperiksaan atau slip keputusan hilang? Untuk makluman, anda tidak perlu risau lagi kerana calon boleh memohon salinan sijil PMR, SPM, LCE atau MCE yang hilang dengan berberapa cara yang dikongsikan di bawah. Calon boleh membuat permohonan semula sijil peperiksaan yang hilang secara atas talian, menerusi pos atau hadir ke kaunter Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Permohonan Semula Sijil Peperiksaan Hilang (PT3, SPM, LCE Dan MCE)
Kredit image : Utusan

Permohonan Semula Sijil Peperiksaan Hilang (PT3, SPM, LCE Dan MCE)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan salinan keputusan peperiksaan hilang bagi PT3, SPM, LCE dan MCE :

Cara Permohonan Salinan Keputusan Peperiksaan Hilang

Bagi pelajar yang kehilangan sijil peperiksaan boleh dapatkan semula dengan memuat permohonan salinan PMR, SPM, LCE atau MCE dari Lembaga Peperiksaan dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

A. Borang Permohonan Salinan Keputusan Peperiksaan

1. Pemohon hendaklah mengisi borang LP/SIJIL/Pin1/96a yang boleh didapati di Kaunter Urusan Lembaga Peperiksaan (LP) di Aras Bawah, Blok E11, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya atau dimuat turun daripada laman web LP: (http://www.lp.edu.my).

2. Pemohon yang hadir sendiri ke kaunter perlu menunjukkan dokumen pengenalan diri sebagai bukti semasa membuat Permohonan Salinan Keputusan Peperiksaan.

3. Sekiranya pemohon tidak dapat hadir, pemohon boleh melantik wakil secara bertulis yang terdiri dari ahli keluarga terdekat.

4. Permohonan melalui orang perseorangan, agen atau syarikat tertentu tanpa Surat Pelantikan Wakil, tidak dibenarkan.

5. Permohonan melalui pos hendaklah disertakan salinan kad pengenalan pemohon.

6. Bayaran proses sebanyak RM30.00 dikenakan bagi setiap salinan keputusan peperiksaan dan boleh dibayar secara tunai di kaunter.

B. Hadir sendiri ke kaunter permohonan Lembaga Peperiksaan Malaysia

Pemohon boleh datang sendiri ke kaunter Lembaga Peperiksaan dengan menyediakan maklumat lengkap yang diperlukan. Anda akan dikehendaki mengisi borang hilang sijil peperiksaan di kaunter Lembaga Peperiksaan di alamat di bawah.

LEMBAGA PEPERIKSAAN,
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA,
BLOK E 11, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN,
PRESINT 1,
62604 PUTRAJAYA
(UP: UNIT KECIL SIJIL)
TEL: 03-88843526 / 03-8884 3528 / 03-8884 3031

Tempoh Masa Siap Sijil

Menurut sumber, tempoh pengeluaran salinan pernyataan keputusan peperiksaan bagi permohonan di kaunter Lembaga Peperiksaan Malaysia adalah seperti berikut:

1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau selepas 1994 adalah satu jam

2. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau sebelum 1993 adalah tujuh hari bekerja

3. Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau selepas 1998 adalah satu jam

4. Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau sebelum 1997 adalah tujuh hari bekerja

5. Lain-lain peperiksaan tujuh hari bekerja

Tempoh pengeluaran terjemahan salinan keputusan peperiksaan bagi permohonan di kaunter LP adalah seperti berikut:

1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau selepas 2000 – satu (1) jam

2. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau sebelum 1999 – tujuh (7) hari bekerja

3. Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) bagi semua tahun – tujuh (7) hari bekerja

4. Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada bagi semua tahun – tujuh (7) hari bekerja

C. Permohonan melalui POS

1. Permohonan melalui pos hendaklah disertakan dengan Wang Pos, Kiriman Wang atau Draf Bank secukupnya atas nama ‘Pengarah Peperiksaan’. Semua permohonan melalui pos akan diproses dalam tempoh masa Tujuh (7) hari bekerja tanpa mengira hari perjalanan pos.

2. Permohonan melalui pos hendaklah dialamatkan kepada ;

PENGARAH PEPERIKSAAN,
LEMBAGA PEPERIKSAAN,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
ARAS 10, BLOK E11, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA
No. Tel : 03-88843526 / 3528

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang panduan permohonan terjemahan salinan keputusan peperiksaan boleh dirujuk dalam PDF di LPM.

2 Comments

  1. Mohammad asyraf bin ismail May 11, 2022
    • Nurul Najma July 28, 2023

Leave a Reply