Permohonan UIAM 2023 Online Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM)

Permohonan UIAM 2023 Online Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Berminat melanjutkan pengajian ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)? Panduan buat anda yang ingin membuat permohonan kemasukan ke UIAM. Untuk makluman, permohonan ke UIAM bagi Program Asasi ambilan Disember 2022 dibuka pada 5 Oktober hingga 15 November 2022. Permohonan boleh dibuat secara online di laman sesawang rasmi IIUM. Selain UIAM, terdapat beberapa Universiti Awam lain yang turut menawarkan pengambilan kedua (second intake) bagi kemasukan program Sarjana Muda, Sarjana dan PHD.

Permohonan UIAM 2023 Online Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Permohonan UIAM 2023 Online Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bagi Program Ijazah Sarjana Muda termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan. Permohonan kemasukan ke UIAM juga boleh dibuat secara online menerusi permohonan UPUOnline.

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia merupakan salah sebuah universiti yang diperkatakan oleh dunia Islam dimana menghidupkan kembali konsep pembelajaran secara Islam. Kampus induk UIAM terletak di Gombak, Selangor dan mempunyai beberapa cawangan di Kuantan dan Pagoh. Kini, UIAM mempunyai 13 fakulti dan 12 pusat kecemerlangan.

Tarikh Penting Kemasukan UIAM 2023

  • Iklan Permohonan : 5 Oktober – 15 November 2022 (Program Asasi)
  • Tarikh Daftar : akan dikemaskini

Syarat Umum UIAM 2023

Antara syarat-syarat kelayakan umum untuk kemasukan ke program ijazah sarjana UIAM mengikut lulusan STPM / STAM / Diploma / Asasi UiTM / PASUM adalah seperti :

1. Lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau bersamaan dengannya dengan mendapat sekurang-kurangnya Kredit dalam Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia atau setaraf.

2. Mendapat kredit dalam matapelajaran “Pendidikan Islam” / “Tasawwur Islam” / “Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah” / “Pendidikan Islam Syariah” di peringkat SPM atau setaraf.

Syarat Kelayakan Lepasan Diploma

Bagi lepasan diploma atau mana-mana Kelayakan Setara yang lain dengan PNGK 3.00 yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.

Syarat kelayakan Lepasan STAM

Lulus di peperiksaan STAM dengan sekurang-kurangnya Jayyid Jiddan.

Syarat Kelayakan Lepasan STPM

1. Lulus peperiksaan STPM dengan PNGK 3.00.

2. Memiliki kelayakan dalam peperiksaan MUET mengikut syarat khas program yang dipohon.

Cara Permohonan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 2023 Online

Bagi pelajar yang berminat melanjutkan pengajian ke UIAM, boleh melayari di laman sesawang IIUM https://irayu.iium.edu.my/

Semakan Keputusan UIAM Februari 2023 Online

Keputusan permohonan UIAM ambilan Februari 2023 boleh disemak di laman web rasmi UIAM. Pelajar digalakkan melayari laman UIAM untuk dapatkan informasi terkini mengenai tarikh semakan keputusan. Bagi pemohon yang tidak menerima jawapan permohonan selepas pengumuman rasmi keputusan UIAM dianggap gagal dan tidak berjaya.

Sebarang pertanyaan kemasukan ke UIAM boleh hubungi di talian berikut:

Alamat : P.O. Box 10, 50728 Kuala Lumpur
Tel : 03 6196 4000
Fax : 03 6196 4053

BACA JUGA : Senarai Universiti Awam di Seluruh Malaysia

One Response

  1. anis June 18, 2020

Leave a Reply

%d bloggers like this: