Login PAJSK 2024 Daftar (pajsk.moe.gov.my)

Login PAJSK 2024 Daftar (pajsk.moe.gov.my). Apa itu sistem PAJSK? Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum atau ringkasnya PAJSK adalah satu sistem pentaksiran aktiviti kokurikulum yang standard bagi murid di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pentaksiran kokurikulum berperanan besar kerana ia mewakili 10% merit untuk ke Universiti Awam dan Sekolah Berasrama Penuh atau MRSM. Selain, PAJSK terdapat beberapa sistem online yang digunapakai di sekolah antaranya iaitu SAPS, APDM, HRMIS2, SSDM dan SPLKPM.

Login PAJSK 2024 Daftar (pajsk.moe.gov.my)

Login PAJSK 2024 Daftar (pajsk.moe.gov.my)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum termasuk memaparkan cara login dan mengisi maklumat :

Objektif Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

Terdapat beberapa objektif sistem PAJSK adalah seperti berikut;

  • Menyediakan satu kaedah pentaksiran aktiviti kokurikulum yang standard dan boleh diterima pakai oleh semua sekolah rendah dan menengah.
  • Membantu Bahagian Sekolah Berasrama Penuh (SBP) termasuk Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam membuat penilaian kemasukan murid-murid ke institusi tersebut.
  • Membantu Jabatan Pengurusan, Institusi Pengajian Tinggi dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam membuat penilaian kemasukan pelajar-pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Format PAJSK

Terdapat tiga komponen atau modul dalam Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan & Kokurikulum iaitu;

  1. Ujian SEGAK & BMI
  2. Kokurikulum: Kelab Persatuan, Unit Beruniform dan Sukan Permainan
  3. Ekstra Korikulum

UJIAN SEGAK

SEGAK adalah satu set Ujian Standard Kecergasan Fizikal untuk mengukur tahap kecergasan fizikal murid berasaskan kesihatan. Komponen kecergasan yang diukur dalam SEGAK terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah dan Menengah

Cara Pengiraan Markah PAJSK

Cara Login PAJSK Online

  1. Untuk log masuk sistem PAJSK boleh ke pautan https://pajsk.moe.gov.my/.
  2. Sila pilih sama ada untuk Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah.
  3. Masukkan ID Kod Sekolah dan kata laluan.

Nota :

a. Bagi guru yang pertama kali mengisi, sila dapatkan ID Kod Sekolah dan Kata Laluan daripada Guru Penolong Kanan (Kokurikulum).

b. Bagi guru yang nak tahu cara isi markah murid dalam PAJSK boleh muat turun manual PAJSK DISINI.

Semakan Markah PAJSK 2024 Online

  1. Semakan boleh dibuat secara online menerusi portal https://pajsk.moe.gov.my/pajskm/murid/indexMurid.php?SistemPAJSK=MURID
  2. Sila masukkan nombor kad pengenalan anda dan Negeri Sekolah untuk semakan.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai PAJSK boleh emel ke aduan.pajsk@moe.gov.my.

BACA JUGA: Cara Login SPLKPM

Leave a Reply