Permohonan UMP Februari 2023 Online Universiti Malaysia Pahang (Second Intake). Berminat melanjutkan pengajian ke Universiti Malaysia Pahang? Panduan buat pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke Universiti Malaysia Pahang (UMP). Untuk makluman, permohonan kemasukan ke Universiti Malaysia Pahang untuk Program Ijazah Sarjana Muda ambilan Februari 2023 dibuka pada 1 November hingga 15 Disember 2022. Selain UMP, terdapat beberapa Universiti Awam yang lain menawarkan second intake bagi program Diploma dan Sarjana Muda.

Permohonan UMP Februari 2023 Online Universiti Malaysia Pahang
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan Universiti Malaysia Pahang termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan. Selain anda membuat permohonan secara terus ke portal UMP, anda boleh membuat permohonan menerusi UPUOnline yang akan dibuka setiap tahun.
Universiti Malaysia Pahang atau ringkasnya UMP adalah Institut Pendidikan Tinggi Awam di Malaysia yang terletak di Kuantan, Pahang. Universiti ini dahulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia (KUKTEM) dan ditukarkan kepada UMP pada tahun 2007. Universiti ini menawarkan beberapa fakulti pengajian antaranya iaitu Fakulti Sains dan Teknologi Industri, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Teknologi Kejuruteraan, Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian dan banyak lagi.
Tarikh Penting Kemasukan UMP 2022/2023
- Iklan Permohonan : 1 November – 15 Disember 2022
- Tarikh Daftar : –
Syarat Kemasukan ke UMP 2023
Antara syarat-syarat kemasukan ke Universiti Malaysia Pahang adalah seperti berikut :
A. Syarat Am
- Lepasan Diploma/ Matrikulasi/ Politeknik/ STPM/ STAM/ A-Level
- Minimum kepujian Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia dan lulus Sejarah pada peringkat SPM
B. Syarat Khas
Tertakluk kepada program pengajian.
Senarai Kursus Ditawarkan di UMP
Di UMP terdapat pelbagai program pengajian yang ditawarkan antaranya iaitu kejuruteraan dan teknikal yang berkualiti dan diiktiraf pada peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Lanjutan.
SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN (Lepasan Diploma Politeknik/ UA/ IPTS/ Setaraf)
Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam :
- Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Tenaga & Persekitaran) dengan Kepujian
- Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Pengurusan Infrastruktur) dengan Kepujian
- Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Bangunan) dengan Kepujian
Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik :
- Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Elektrikal) dengan Kepujian
- Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Sistem Komputer) dengan Kepujian
Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses :
- Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Kimia dengan Kepujian
- Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Petroleum) dengan Kepujian
- Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Farmaseutikal) dengan Kepujian
Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Mekatronik :
- Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Pembuatan) dengan Kepujian
- Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Automasi Industri) dengan Kepujian
- Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekatronik (Robotik) dengan Kepujian
Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automatif :
- Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Automatif) dengan Kepujian
- Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk & Analisis) dengan Kepujian
SARJANA MUDA KEJURUTERAAN (Lepasan Diploma Politeknik/ UA/ IPTS/ Setaraf)
- Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dengan Kepujian
- Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Mekatronik
- Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Pembuatan
SARJANA MUDA SAINS GUNAAN (Lepasan Diploma Politeknik/ UA/ IPTS/ Setaraf)
Fakulti Sains & Teknologi Industri :
- Sarjana Muda Sains Gunaan Kimia Industri dengan Kepujian
- Sarjana Muda Sains Gunaan Bioteknologi Industri dengan Kepujian
- Sarjana Muda Sains Gunaan Teknologi Bahan dengan Kepujian
SARJANA MUDA TEKNOLOGI (Khas bagi Lepasan DVM, DKM, DLKM)
- Sarjana Muda Teknologi Kimpalan dengan Kepujian
- Sarjana Muda Teknologi Pemesinan Industri dengan Kepujian
- Sarjana Muda Teknologi Automasi Elektronik Industri dengan Kepujian

Cara Permohonan Universiti Malaysia Pahang 2023 Online
Bagi pemohon yang berkelayakan dan berminat melanjutkan pengajian ke UMP, anda boleh layari ke laman sesawang Universiti Malaysia Pahang di https://admission.ump.edu.my/ump2take
Semakan Keputusan UMP Februari 2023 Online
Keputusan permohonan Universiti Malaysia Pahang boleh disemak di laman web rasmi UMP dijangka pada bulan Januari/ Februari 2023. Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas pengumuman rasmi keputusan UMP dianggap gagal dan tidak berjaya.
Sebarang pertanyaan tentang kemasukan boleh hubungi Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) UMP di talian berikut:
Unit Pengambilan Pelajar Tempatan dan
Hubungan Akademik
Bahagian Pengurusan Akademik (BPA),
UMP Pekan
Universiti Malaysia Pahang
26000 Pekan
No. Tel. : +609-424 5252 / 5263
No. Fax : +609-424 5262
Email : bpa@ump.edu.my
Bahagian Pengurusan Akademik (BPA),
UMP Kampus Gambang
No. Tel. : +609-549 2550
Faks : +609-549 2555
Web: http://bpa.ump.edu.my
BACA JUGA : Senarai Universiti Awam Pengambilan Kedua 2023
Selamat sejahtera sya dari asal sabah ingin memohon merayu pendaftran memasuk ke ijazah di universiti malaysia pahang.Jasa tuan amat dihargai terima kasih