Permohonan Young Talent Development Programme (YTP) 2023 Online (Semakan Status). Nak buat pinjaman pelajaran? Panduan buat pelajar lepasan SPM yang berminat membuat permohonan Pinjaman Pelajaran MARA tahun 2023. Untuk makluman, MARA menawarkan penajaan pelajaran bagi pelajar cemerlang lepasan SPM 2022 untuk mengikuti program YTP bermula di peringkat Persediaan hingga ke peringkat Ijazah Pertama di institusi terpilih. Permohonan Program YTP tahun 2023 boleh dibuat secara online mulai 8 Jun sehingga 19 Jun 2023 menerusi laman web rasmi MARA.

Young Talent Development Programme (YTP) adalah program penajaan pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pelajar cemerlang lepasan SPM 2022 bagi menyambung pengajian bermula di peringkat persediaan hingga ke peringkat ijazah pertama di institusi terpilih di dalam dan luar negara.
Permohonan Young Talent Development Programme (YTP) 2023 MARA Online
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Young Talent Development Programme termasuk memaparkan syarat kelayakan, tarikh dan cara permohonan :
Tarikh Permohonan : 8 Jun – 19 Jun 2023
Syarat Kelayakan YTP MARA 2023
Antara syarat-syarat kelayakan permohonan Program YTP adalah seperti berikut:
A. Syarat Umum
1. Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berstatus Bumiputera dan Warganegara Malaysia.
2. Ibu, bapa, penjaga, penjamin serta pelajar TIDAK DISENARAI HITAM atau sedang dalam tindakan undang-undang MARA.
3. Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian pada peringkat yang sama.
4. Lulus pemeriksaan kesihatan.
5. Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2022 buat kali pertama.
B. Syarat Akademik
Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya 7A- bagi keputusan peperiksaan SPM 2022. Perincian syarat kelayakan penawaran Program YTP boleh dirujuk dalam senarai kursus dan syarat kelayakan program semasa permohonan dibuka.
Nota : Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang syarat kursus dan syarat kelayakan, sila ke laman https://mara.b-cdn.net/wp-content/uploads/2023/06/3.-SYARAT-KELAYAKAN-YTP-2023_v2.pdf

Cara Permohonan YTP MARA Online
Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui portal https://educationloan.mara.gov.my
Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna baharu sebelum mengisi permohonan. Pemohon juga dinasihatkan membaca dan memahami garis panduan yang disediakan sebelum membuat permohonan.
Nota : Pemohon hanya perlu mencetak slip pengesahan permohonan setelah selesai
membuat permohonan untuk tujuan rujukan.
Semakan Keputusan YTP MARA 2023
Pemohon adalah dinasihatkan untuk sentiasa membuat semakan di portal MARA
http://www.mara.gov.my dari masa ke semasa bagi mengetahui sebarang maklumat terkini.
Nota : Permohonan rayuan adalah tidak dibenarkan. Keputusan penawaran adalah muktamad.
Soalan Lazim Young Talent Development Programme
a. Apakah bentuk tajaan yang akan saya terima sekiranya ditawarkan dalam Program YTP?
Tajaan pinjaman pelajaran di peringkat persediaan merangkumi Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup serta Elaun Pengangkutan. Elaun Pengangkutan (pergi & balik) hanya akan dibayar kepada pelajar Semenanjung yang mendapat tawaran pengajian di Sabah/Sarawak atau pelajar Sabah/Sarawak yang mendapat tawaran pengajian di Semenanjung.
b. Adakah saya perlu menduduki ujian psikometrik dan proses temuduga selepas memohon?
Semua pemohon wajib menduduki ujian psikometrik secara atas talian semasa mengisi permohonan Program YTP, manakala proses temuduga hanya melibatkan kursus tertentu sahaja. Sebarang maklumat berkaitan temuduga akan dimaklumkan kepada pemohon dari semasa ke semasa.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh disalurkan melalui emel ytp@mara.gov.my.
Sumber : MARA