Permohonan Sekolah Kawalan 2021 SMKA SABK KAA KRK Online

Permohonan Sekolah Kawalan 2021 SMKA SABK KAA KRK Online. Bilakah tarikh permohonan Sekolah Kawalan SMKA SABK KAA KRK ambilan baharu? Panduan buat pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke Sekolah Kawalan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 SMKA SABK KAA KRK tahun 2021. Untuk makluman, permohonan kemasukan ke Sekolah Kawalan boleh dibuat secara online di laman web KPM sehingga 2 Oktober 2020.

Permohonan Sekolah Kawalan 2021 SMKA SABK KAA KRK Online

Sekolah Kawalan Menengah adalah terdiri daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Kelas Aliran Agama (KAA) dan Kelas Rancangan Khas (KRK). Tarikh borang permohonan diedarkan adalah bergantung kepada pengurusan sekolah anak masing-masing.

Permohonan Sekolah Kawalan 2021 SMKA SABK KAA KRK Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan Sekolah Kawalan termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Tarikh Permohonan: 7 September hingga 2 Oktober 2020

Aplikasi Permohonan: https://public.moe.gov.my/

Syarat Kemasukan SMKA KPM 2021

Tingkatan 1

a. Warganegara Malaysia.

b. Murid Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama yang berdaftar dengan pihak berkuasa Negeri atau Bahagian Swasta KPM.

c. Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) dan Penilaian Murid Aliran Agama (PMAA).

d. Sijil Pencapaian Program j-QAF/Ujian Penilaian Kelas KAFA.

e. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK)

Tingkatan 4

a. Warganegara Malaysia.

b. Murid Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan Kerajaan (SBK) atau Sekolah Agama Swasta.

c. Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) dan Pencapaian Peperiksaan Akhir Tahun (PAT) 2020.

d. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK).

Aplikasi Tawaran Sekolah Kawalan 2020 SMKA

Bagi anda yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan boleh membuat permohonan menerusi pautan di bawah :

Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my/

Tingkatan 4 : https://spskt4.moe.gov.my/

Untuk keterangan lanjut, sila layari ke laman web rasmi KPM.

BACA JUGA : Semakan Keputusan Sekolah Kawalan 2021 Online

Leave a Reply