Permohonan Semak Semula Keputusan PSPM Matrikulasi 2018/2019

Permohonan Semak Semula Keputusan PSPM Matrikulasi 2018/2019. Panduan buat calon yang ingin membuat permohonan Semak Semula Keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) Semester I dan III Sesi 2018/2019. Untuk makluman menerusi portal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dimaklumkan Permohonan Semak Semula Keputusan Peperiksaan PSPM Matrikulasi Semester I dan III Sesi 2018/2019 akan dibuka bermula daripada 5 Disember hingga 18 Disember 2018.

Permohonan Semak Semula Keputusan PSPM Matrikulasi 2018/2019

Permohonan Semak Semula Keputusan PSPM Matrikulasi 2018/2019

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang cara permohonan semakan semula keputusan PSPM Matrikulasi sesi 2018/2019 termasuk borang permohonan :

Cara Permohonan Semak Semula Keputusan PSPM 2018/2019

1. Bagi calon yang ingin memohon semak semula keputusan PSPM sesi 2018/2019 hendaklah melengkapkan Borang Permohonan Semak Semula Keputusan PSPM BMKPM/SS/PSPM yang boleh diperolehi di kolej, di pejabat Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia di Putrajaya atau melayari laman web di alamat http://www.moe.gov.my. Borang tersebut boleh dimuat turun bermula daripada keputusan rasmi diumumkan. (Semua permohonan adalah menggunakan borang BMKPM/ SS/ PSPM, hanya permohonan calon PDT III sahaja menggunakan borang BMKPM/ SS/ PSPM/ PDT).

2. Borang permohonan Semak Semula Keputusan Peperiksaan perlu diisi dalam dua (2) salinan dan hendaklah dihantar melalui kolej masing-masing.

3. Setiap kursus atau mata pelajaran yang disemak semula dikenakan bayaran. Kadar bayarannya (tidak termasuk caj pembelian) adalah seperti yang tertera pada borang permohonan semak semula keputusan peperiksaan BMKPM/SS/PSPM.

4. Bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk Wang Pos atau Bank Draf sahaja atas nama Pengarah Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. Bayaran dalam bentuk tunai atau cek peribadi tidak akan diterima. Wang Pos/Bank Draf hendaklah dikepilkan bersama-sama borang permohonan.

Permohonan Semak Semula Keputusan PSPM Matrikulasi 2018/2019

Panduan pengisian maklumat wang pos pada borang permohonan

Nota :

i. Permohonan semak semula adalah bagi keputusan PSPM Semester I & III Sesi 2018/2019 sahaja.

ii. Borang permohonan yang lengkap berserta bayaran yang mencukupi hendaklah tiba di Bahagian Matrikulasi selewat-lewatnya pada jam 4.00 petang 18 Disember 2018.

iii. Keputusan semakan semula akan diedarkan melalui e-mel kepada kolej masing-masing pada 10 Januari 2019.

Sebarang pertanyaan lanjut anda boleh hubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di talian hotline 03- 8884 4083.

Selamat membuat Permohonan Semak Semula Keputusan PSPM Matrikulasi 2018/2019.

Leave a Reply

%d bloggers like this: