Semakan CCRIS 2024 Online Melalui Sistem eCCRIS

Semakan CCRIS 2024 Online Melalui Sistem eCCRIS. Nak semak status CCRIS secara mudah? Panduan buat pemohon yang ingin membuat semakan CCRIS untuk mengetahui kedudukan kredit kewangan masing-masing. Untuk makluman, kini Bank Negara Malaysia (BNM) telah memperkenalkan satu sistem online iaitu eCCRIS bagi memudahkan para pengguna mendapatkan data tentang segala hutang pengguna dengan pihak bank.

Semakan CCRIS 2024 Online Melalui Sistem eCCRIS

Dengan adanya sistem online eCCRIS, ianya dapat membantu peminjam untuk menyemak rekod pembayaran di semua institusi kewangan termasuk pinjaman pembelian rumah, kad kredit dan pinjaman PTPTN. Laporan Central Credit Reference Information System (CCRIS) bukanlah satu senaraihitam seperti tanggapan sesetengah pihak, tetapi CCRIS hanya menyediakan laporan dari maklumat kredit peminjam.

Semakan CCRIS 2024 Online Melalui Sistem eCCRIS

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang panduan semakan CCRIS secara online termasuk memaparkan apa itu CCRIS dan aplikasi semakan :

Apa itu Laporan Kredit?

Apabila anda memohon kad kredit atau pinjaman daripada bank-bank atau institusi kewangan akan merujuk kepada agensi pelaporan kredit seperti CTOS untuk mengesahkan status pemohon berkaitan dengan sejarah kredit anda. Dengan adanya laporan ini dapat memudahkan bank menilai permohonan anda.

Cara Pendaftaran CCRIS Online

eCCRIS adalah satu sistem online yang disediakan oleh Bank Negara Malaysia untuk memudahkan orang mengakses laporan CCRIS masing-masing.

1. Daftar butiran di Bank Negara Malaysia

Anda sila hadir ke kiosk CCRIS di Bank Negara Malaysia (BNM) untuk membuat pendaftaran butiran anda. Ini alamat BNM seperti berikut :

BNMLINK

Jabatan LINK & Pejabat Wilayah
Tingkat Bawah, Blok D
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato Onn
50480 Kuala Lumpur

2. Cari Kiosk CCRIS untuk mendaftar

Cari Kiosk CCRIS untuk membuat pendaftaran. Sila pilih bahasa yang dikehendaki sama ada bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.

3. Klik CCRIS

Dipaparkan ke halaman utama, sila pilih menu yang bertanda CCRIS dan klikkan.

4. Klik Daftar Pengguna

Sila pilih submenu yang bertanda ‘Daftar Pengguna’.

5. Masukkan IC

Setelah itu masukkan nombor kad pengenalan anda dan apabila lampu merah menyala, sila letak ibu jari kanan atau kiri di atas pengimbas cap jari.

6. Sila masukkan nombor telefon bimbit anda dan klik ‘Teruskan”.

7. Sahkan maklumat anda

Selepas itu, nombor PIN akan dihantar ke telefon bimbit anda yang didaftar untuk mengaktifkan akaun CCRIS anda. Sila sahkan nombor telefon anda yang dimasukkan.

8. Dapat No PIN CCRIS

Di dalam mesej akan dipaparkan PIN 6 digit yang telah didaftarkan.

Cara Semak CCRIS Secara Online Melalui eCCRIS

1. Login akaun dengan layari ke laman web rasmi https://eccris.bnm.gov.my/. Bagi pengguna baru, klik ‘First Time Login’.

2. Klik pada tab ‘Enquiry’ dan pilih ‘Self Enquiry – Individual’.

3. Kemudian, tick pada ‘I Agree’ dan klik ‘Report Enquiry’ untuk memaparkan laporan.

4. Untuk muat turun salinan fail laporan dalam bentuk PDF, klik butang ‘Download’.

Soalan Lazim eCCRIS

1. Bolehkan saya mewakilkan orang lain untuk membuat pendaftaran eCCRIS bagi
pihak saya?

Tidak boleh. Anda perlu hadir sendiri di premis BNM atau cawangan AKPK untuk
pendaftaran kali pertama. Anda hendaklah sentiasa berhati-hati apabila ingin berkongsi maklumat perbankan peribadi anda dengan pihak ketiga.

2. Saya telah mengemukakan pertikaian atau permohonan pengesahan data kepada institusi kewangan melalui eCCRIS. Bilakah pihak institusi kewangan akan memberikan jawapan?

Kebiasaannya, pihak institusi kewangan mengambil masa sehingga 14 hari untuk memberikan maklum balas bagi pertikaian yang dikemukakan oleh pengguna.

Untuk makluman lanjut tentang eCCRIS, sila hubungi di talian BNMTELELINK 1300-88-5465 atau 603-2174 1717 (luar negara).

Leave a Reply