Semakan Senarai Hitam Imigresen & PTPTN Untuk Ke Luar Negara Online

Semakan Senarai Hitam Imigresen & PTPTN Online Ke Luar Negara. Nak travel ke luar negara? Perhatian buat peminjam PTPTN yang berhasrat atau bercadang untuk bercuti ke luar negara. Untuk makluman, sebelum anda melancong ke luar negara, pastikan nama anda tidak disenarai hitam (blacklist) oleh agensi kerajaan seperti LHDN, PTPTN, imigresen, perintah mahkamah atau diistiyhar sebagai muflis. Kini, semakan menjadi lebih mudah dengan perkhidmatan semakan status senaraihitam Imigresen dan PTPTN yang boleh dibuat secara atas talian (online).

Semakan Senarai Hitam Imigresen & PTPTN Online Ke Luar Negara

Semakan Senarai Hitam Imigresen & PTPTN Untuk Ke Luar Negara Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang senarai hitam ke luar negara dari Imigresen dan PTPTN termasuk memaparkan aplikasi semakan :

Kini, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyediakan satu sistem online untuk kemudahan warganegara Malaysia dalam membuat semakan status senarai hitam Imigresen untuk perjalanan ke luar negara. Selain itu, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) turut menyediakan sistem online untuk peminjam membuat semakan status blacklist sama ada nama disekat atau tidak.

Cara Semak Senarai Hitam Imigresen Online

1. Semakan boleh dibuat dengan melayari laman web Jabatan Imigresen Malaysia http://sspi.imi.gov.my/sspi/

2. Masukkan No. Kad Pengenalan dan tekan pada butang ‘SEMAK’.

3. Jika status semakan terpapar ‘Tiada Halangan’, maknanya anda dibenarkan keluar ke luar negara.

Nota: Kaedah alternatif lain dalam membuat semakan status imigresen adalah dengan menghubungi Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC) di 03 – 8880 1000.

Cara Semak Senarai Hitam PTPTN Online

1. Untuk semakan sila layari ke laman web PTPTN http://eform.ptptn.gov.my/semakan-senarai-hitam/index.cfm

2. Masukkan No. Kad Pengenalan, No. Telefon dan Emel. Klik pada butang ‘Hantar’.

Info : Kaedah alternatif lain dalam membuat semakan status PTPTN adalah dengan menghubungi Careline PTPTN di talian 03 – 2193 3000 atau hadir di kaunter PTPTN.

ARTIKEL BERKAITAN : Cara Daftar Aplikasi Mudah Alih PTPTN

Punca Individu Disenarai Hitamkan

Berikut adalah punca atau sebab individu disenarai hitam atau dilarang ke luar negara:

  • Gagal membayar cukai pendapatan LHDNM
  • Gagal membayar pinjaman PTPTN
  • Terlibat dalam kes jenayah
  • Bankrap atau muflis
  • Gagal membayar levi pekerja asing
  • Perintah mahkamah atas kesalahan sekuriti
  • Menetap melebihi had yang dibenarkan di luar negara

BACA JUGA : Cara Bayar PTPTN Online Melalui JomPAY Maybank2u & CIMBClicks

Leave a Reply

%d bloggers like this: