Semakan Baki Pinjaman PTPTN Online & SMS. Bagaimana cara untuk membayar pinjaman PTPTN? Panduan buat anda yang ingin membuat semakan baki pinjaman PTPTN. Untuk makluman, kini anda tidak bersusah payah lagi untuk menyemak baki pinjaman anda kerana disediakan sistem online untuk semakan baki pinjaman PTPTN. Dengan adanya sistem ini, memudahkan pelajar untuk membuat pembayaran hutang.
Sepertimana anda tahu, Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah satu skim atau kemudahan pinjaman yang disediakan oleh kerajaan Malaysia untuk diberikan kepada pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke Universiti Awam/IPTA dan IPTS. Secara tak langsung, pinjaman PTPTN dapat memudahkan pelajar untuk membiayai yuran pengajian dan kos sara hidup di institusi. Bagi pelajar yang gagal membayar semula pinjaman PTPTN, nama mereka akan disenaraihitam oleh Imigresen atau PTPTN termasuk CCRIS.
Semakan Baki Pinjaman PTPTN Online & SMS
A. Semakan Baki PTPTN Secara Online
1. Anda perlu layari Laman Web Rasmi PTPTN di http://www.ptptn.gov.my.
2. Klik Ikon Penyata Pinjaman di https://epay.ptptn.gov.my/penyata.
3. Masukkan No. Kad Pengenalan dan No. Pinjaman PTPTN.
4. Kemudian, klik pada butang ‘Semak’.
Pelajar juga boleh membuat semakan Jadual Tentatif Bayaran PTPTN di JADUAL PEMBAYARAN PTPTN 2018.
B. Semakan Baki PTPTN Melalui SMS
Selain semakan online, anda juga boleh menyemak baki pinjaman PTPTN menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) seperti berikut :
● Taipkan : PTPTN<jarak>BAKI<jarak>No. Kad Pengenalan<jarak>NO. PIN dan SMS ke 15888
Insentif Diskaun Peminjam PTPTN Dalam Bajet 2018
Berita baik buat peminjam pinjaman pendidikan PTPTN yang ingin membuat pembayaran semula dimana menerusi kenyataan dari Pembentangan Bajet 2018, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan insentif diskaun bayaran balik dilanjutkan sehingga 31 Disember 2018.
Untuk sebarang pertanyaan tentang PTPTN, sila hubungi talian Hotline PTPTN di 03- 2193 3000.
Selamat membuat semakan baki PTPTN secara online dan menerusi SMS. Pastikan anda sebagai peminjam jangan lupa lunaskan pembayaran semula PTPTN yang merupakan kewajipan bagi setiap individu yanh layak.
no pin pinjaman x tahu…i call d no above03 2193 3000 thn cant call oit..its d number is wrong?