Semakan Daftar Pemilih & Lokasi Mengundi Online Di MySPR Semak (PRU15)

Semakan Daftar Pemilih & Lokasi Mengundi Online Di MySPR Semak (PRU15). Sudahkah anda mendaftar sebagai pemilih Pilihan Raya ke-15? Panduan buat calon mengundi yang ingin membuat semakan daftar pemilih dan tempat mengundi Pilihan Raya. Untuk makluman menerusi pengumuman daripada Suruhanya Pilihan Raya (SPR), Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diadakan pada hari Sabtu bersamaan 19 November 2022. Pengundi boleh semak daftar pemilih dan lokasi mengundi pilihan raya secara dalam talian menerusi portal https://mysprsemak.spr.gov.my. Sebagai pengundi anda patut bertanggungjawab untuk menghadiri tempat mengundi yang telah ditetapkan oleh pihak SPR.

Semakan Daftar Pemilik & Lokasi Mengundi Online Di MySPR Semak (PRU15)

Semakan Daftar Pemilih & Lokasi Mengundi Online Di MySPR Semak (PRU15)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semakan daftar pemilih SPR yang mengandungi lokasi tempat DAERAH MENGUNDI, DUN dan PARLIMEN :

Tarikh Penting Pilihanraya ke-15

  • Hari Penamaan Calon : 5 November 2022
  • Hari Mengundi Awal : 15 November 2022
  • Hari Mengundi : 19 November 2022

Cara Semak Daftar Mengundi Pilihan Raya PRU15 Online

  1. Layari portal SPR di pautan https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan
  2. Tekan pilihan ‘Semakan Daftar Pemilih’.
  3. Isikan Nombor Kad Pengenalan tanpa jarak dan Aksara Captcha yang telah diberikan.
  4. Klik butang ‘Semak’ untuk ketahui status daftar pemilih pilihanraya calon.
Semakan Daftar Pemilih & Lokasi Mengundi Online

Syarat Layak Mengundi Pilihan Raya PRU15

Antara syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih Pilihan Raya Umum adalah seperti berikut:

  1. Seorang warganegara Malaysia;
  2. Telah mencapai umur 21 tahun;
  3. Bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan;
  4. Tidak dihalang/hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.

Cara Mendaftar Pilihan Raya Umum PRU15

A. Untuk Pemilih Biasa

Untuk mendaftar sebagai pemilih biasa, anda perlu:

  1. Datang sendiri ke mana-mana pusat-pusat pendaftaran.
  2. Serahkan kad pengenalan anda kepada petugas SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda.
  3. Semak borang pendaftaran yang telah diisikan oleh petugas SPR dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul dan mengikut sebagaimana dalam kad pengenalan anda sebelum menurunkan tandatangan.
  4. Menurunkan tandatangan anda selepas berpuas hati.
  5. Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran, Rang Daftar Pemilih Tambahan nanti.

B. Untuk Pengundi Tidak Hadir

○ Anggota Tentera

Pendaftaran PTH dari kalangan ATM dilaksanakan oleh pegawai-pegawai JRP-ATM. Untuk mendaftar sebagai PTH, anda perlu:

  1. Menghubungi petugas-petugas SPR yang dilantik dari kalangan pegawai JRP;
  2. Serahkan kad pengenalan tentera anda dan MyKad (untuk pasangan) kepada petugas yang dilantik oleh SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda.
  3. Apabila diserahkan kembali borang yang telah diisikan, semak borang pendaftaran yang telah diisikan dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul, sebelum menurunkan tandatangan;
  4. Turunkan tandatangan anda selepas berpuas hati; dan;
  5. Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran draf Daftar Pemilih Tambahan.

Sebarang pertanyaan lanjut tentang SPR, sila hubungi hotline SPR di talian +603-8892 7200 atau layari portal di https://www.spr.gov.my/ms/aduan-pertanyaan.

BACA JUGA :

Selamat membuat semakan daftar pemilih pilihanraya secara online dan menerusi SMS. Jalankan tanggungjawab anda sebagai pengundi.

Leave a Reply