Semakan UKCG 2020 Online IPG PISMP

Semakan UKCG 2020 Online IPG PISMP. Bilakah tarikh panggilan dan semakan keputusan UKCG 2020 bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)? Perhatian kepada pelajar lepasan SPM yang telah membuat permohonan IPG tahun 2020. Menurut daripada kalendar IPG, satu ujian yang dipanggil Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) bagi calon PISMP akan diadakan pada bulan April 2020.

Semakan Keputusan UKCG 2018 IPG PISMP

Bagi nama calon yang layak dipanggil menduduki Ujian UKCG 2020, anda boleh menyemak secara online. UKCG diadakan untuk menapis pemohon PISMP sebelum mereka layak dipanggil ke sesi temuduga IPG. Sehubungan itu, calon dinasihatkan untuk merujuk kepada pengumuman rasmi KPM untuk semakan keputusan UKCG 2020.

Semakan UKCG 2020 Online IPG PISMP

Berikut dikongsikan adalah maklumat  tentang keputusan Ujian Kelayakan Calon Guru termasuk memaparkan tarikh dan aplikasi semakan :

● Tarikh Semakan Panggilan UKCG : akan dikemaskini

Maklumat Penting Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)

Untuk makluman Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) terdiri daripada dua (2) sesi iaitu Sesi Ujian Bertulis dan Sesi Ujian Kecergasan Fizikal.

A. Sesi Ujian Bertulis

○ Terdiri daripada Bahagian A dan Bahagian B yang mesti dijawab oleh calon dalam tempoh 45 minit.

Contoh Soalan INSAK UKCG.

B. Sesi Ujian Kecergasan Fizikal

○ Semua calon mesti menjalani Ujian Kecergasan Fizikal.

○ Calon yang memilih Pendidikan Jasmani sebagai opsyen pertama atau kedua mesti menjalani Ujian Amali Pendidikan Jasmani.

○ Calon mesti menandatangani Surat Akaun Calon dan diserahkan kepada pengawas yang bertugas sebelum ujian dilaksanakan.

C. Sesi Ujian Amali

○ Calon yang memohon Pendidikan Jasmani, Pendidikan Islam, Pendidikan Muzik dab bahasa Arab akan menjalani ujian amali semasa sesi UKCG.

Sesi Temuduga IPG

Bagi calon yang lulus Ujian Kelayakan Calon Guru akan dipanggil menduduki temuduga IPG yang dijangkakan diadakan selepas UKCG.

Artikel Berkaitan : Semakan Keputusan IPG 2020 PISMP Online

Pemilihan Calon Guru 

Bagi calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan adalah bergantung kepada keputusan UKCG, prestasi dan skor merit semasa temuduga serta perakuan panel (Kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM adalah muktamad).

Pendaftaran IPG

Bagi calon-calon yang ditawarkan dalam program PISMP, pendaftaran kemasukan ke institusi yang ditetapkan oleh KPM pada 26 Jun 2018 (tarik tertakluk kepada pindaan).

Cara Semak Ujian Kelayakan Calon Guru Online

a. Untuk semakan boleh dibuat secara online di laman web rasmi KPM https://pismp.moe.gov.my

b. Isikan nombor kad pengenalan dan kata laluan.

c. Kemudian, tekan butang SEMAK.

BACA JUGA : Senarai IPG Seluruh di Malaysia 

Tahniah kepada mereka yang berjaya dalam UKCG dan layak ke fasa seterusnya iaitu temuduga IPG.

Leave a Reply

%d bloggers like this: