Semakan Keputusan ILJTM ILP ADTEC JMTI 2025 Online

Semakan Keputusan ILJTM ILP ADTEC JMTI 2025 Online. Bilakah tarikh semakan keputusan ILJTM sesi Januari 2025? Panduan buat pelajar lepasan SPM yang telah membuat permohonan ILP, ADTEC dan JMTI kemasukan ambilan 2025. Untuk makluman menerusi laman portal rasmi Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia, semakan kemasukan ke ILJTM (ILP, ADTEC dan JMTI) ambilan Januari 2025 akan diumumkan pada Disember 2024 secara dalam talian. Permohonan kemasukan ke ILJTM akan dibuka dua kali setahun iaitu pada sesi Januari dan Julai.

Semakan Keputusan ILJTM ILP ADTEC JMTI 2025 Online

Terdapat 32 buah Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia dibawah seliaan Jabatan Tenaga Manusia (JTM) iaitu 23 buah Industri Latihan Perindustrian (ILP), 8 Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dan 1 Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI). Kursus-kursus yang ditawarkan di ILJTM adalah kursus teknikal di peringkat Sijil, Sijil Lanjutan, Diploma dan Diploma Lanjutan.

Semakan Keputusan ILJTM ILP ADTEC JMTI 2025 Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semakan keputusan ILJTM termasuk memaparkan tarikh penting dan aplikasi semakan :

Tarikh Penting Permohonan ILJTM 2025

Sesi Januari 2024

  • Sistem Permohonan JTM Online dibuka: 25 Oktober 2023
  • Sistem Permohonan JTM Online ditutup: 24 November 2023
  • Semakan Panggilan Temuduga (kursus bertanda #): 30 November – 4 Disember 2023
  • Urusan Temuduga (kursus bertanda #): 5 – 6 Disember 2023
  • Hebahan Keputusan Permohonan: 20 Disember 2023
  • Tarikh akhir Setuju Terima dan Cetakan Surat Tawaran: 3 Januari 2024
  • Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi 1/2024: 29 Januari 2024

NOTA: Semua makluman mengenai temuduga dan keputusan tawaran ke JMTI, ILP dan ADTEC perlu disemak melalui laman web rasmi JMTI sahaja. Tiada surat menyurat secara manual.

Cara Semakan Tawaran Permohonan ILJTM 2025 Online

Untuk semakan keputusan ILJTM bagi sesi Januari sila layari ke laman web https://apps.jtm.gov.my/PermohonanILJTM/

Manakala, pengambilan sesi Julai boleh disemak melalui laman web https://upu.mohe.gov.my/.

NOTA:

a. Bagi calon yang berjaya, sila jawab maklumbalas tawaran secara online sebelum 31 Julai 2020 (Jumaat) sebelum jam 5.00 petang

b. Bagi calon yang memohon melalui ILP/ADTEC/JMTI, sila hubungi terus pihak Institut untuk semakan keputusan permohonan.

Untuk keterangan lanjut, sila layari ke laman web rasmi JTM.

BACA JUGA: Syarat Kemasukan ADTEC (Am dan Khas)

Leave a Reply