Semakan Keputusan Matrikulasi 2025/2026 Online (Terima Tawaran). Bilakah tarikh keputusan tawaran Matrikulasi 2025-26? Panduan buat pelajar lepasan SPM yang telah membuat permohonan Matrikulasi sesi ambilan 2025/2026. Untuk makluman, keputusan kemasukan ke Matrikulasi boleh dibuat bermula pada 21 Mei 2025, jam 10.00 pagi melalui laman web UPU. Tahniah kepada calon yang mendapat tawaran kemasukan Program Matrikulasi sesi 2025/2026.

Semakan Keputusan Matrikulasi 2025/2026 Online (Tawaran)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang keputusan program Matrikulasi termasuk memaparkan tarikh dan cara semakan :
Semakan tawaran Matrikulasi KPM akan dikeluarkan dalam tempoh 30 hari bekerja selepas keputusan SPM 2024 diumumkan secara rasmi pada tarikh yang ditetapkan. Dinasihatkan pemohon sentiasa melayari laman web rasmi KPM untuk mendapatkan maklumat terkini tentang keputusan kemasukan Matrikulasi.

Cara Semakan Tawaran Matrikulasi 2025 Online
1. Pemohon boleh buat semakan secara dalam talian di laman sesawang https://matrikulasi.moe.gov.my
2. Sekiranya pelajar setuju, klik butang setuju
terima, muat turun dokumen dan ikuti langkah-langkah yang dinyatakan.
3. Sila anda membuat pembayaran yuran pendaftaran di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau secara dalam talian mengikut jumlah yang ditetapkan.
4. Anda perlu mendaftar secara dalam talian mengikut kolej masing-masing.
NOTA:
i. Pelajar boleh membuat permohonan pertukaran jurusan melalui pautan https://matrikulasi.moe.gov.my pada 22 hingga 24 Mei 2025 kecuali pertukaran Jurusan Sains ke Perakaunan yang boleh diuruskan di kolej selepas mendaftar secara fizikal. Walau bagaimanapun tertakluk kepada kekosongan dan syarat.
ii. Pendaftaran pelajar baharu akan dilaksanakan secara dalam talian mulai 22 Mei hingga 21 Jun 2025. Pelajar perlu mendaftar di laman sesawang kolej masing-masing. Sekiranya pelajar mengalami masalah untuk mendaftar secara dalam talian, boleh menghubungi pihak kolej yang ditetapkan.
Cara Rayuan Permohonan Matrikulasi 2025/26
Rayuan boleh dibuat secara dalam talian sahaja bermula 21 Mei hingga 21 Jun 2025 melalui pautan https://matrikulasi.moe.gov.my selepas keputusan calon jaya diumumkan secara rasmi.
Untuk sebarang pertanyaan tentang kemasukan program Matrikulasi, sila hubungi di talian 03 8884 4083/4040/4036 atau emel ke mohon.matrik@moe.gov.my.
BACA JUGA :