Permohonan Rayuan Matrikulasi 2024-2025 KPM

Permohonan Rayuan Matrikulasi 2024-2025 KPM. Bilakah tarikh semakan tawaran Matrikulasi 2024? Panduan buat anda yang telah membuat semakan keputusan Matrikulasi sesi 2024. Tahniah diucapkan kepada calon yang berjaya dalam tawaran kemasukan ke program Matrikulasi ambilan baharu. Manakala bagi pemohon yang gagal, anda boleh mengemukakan rayuan Matrikulasi yang dibuka bermula pada 26 Jun hingga 7 Julai 2023.

Permohonan Rayuan Matrikulasi 2024-2025 KPM

Permohonan Rayuan Matrikulasi 2024 KPM

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan rayuan Matrikulasi bagi mereka yang gagal mendapat tawaran kemasukan Program Matrikulasi buat kali pertama :

Tarikh Rayuan: 26 Jun – 7 Julai 2023

Cara Mohon Rayuan Matrikulasi

A. Rayuan Matrikulasi Online

Permohonan rayuan Matrikulasi boleh dibuat secara online dengan merujuk di Aplikasi Matrikulasi KPM.

B. Rayuan Matrikulasi Menulis Surat Rasmi

Selain itu, anda juga boleh menulis surat permohonan rayuan Matrikulasi dan perlu lampirkan beberapa dokumen seperti berikut :

  • Salinan kad pengenalan diri yang disahkan
  • Salinan kad pengenalan ibu dan bapa yang telah disahkan
  • Salinan keputusan SPM yang telah disahkan
  • Salinan sijil aktiviti kokurikulum yang telah disahkan

ARTIKEL BERKAITAN : Contoh Surat Rayuan Matrikulasi KPM

C. Permohonan Rayuan Terus ke Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia

Selain itu juga, pelajar boleh berhubung terus ke Bahagian Matrikulasi KPM bersama salinan keputusan SPM yang telah disahkan untuk mengisi borang dan membuat rayuan. Dokumen yang ada perlu bawa bersama-sama adalah seperti berikut:

  • Salinan kad pengenalan diri yang telah disahkan
  • Salinan kad pengenalan ibu & bapa yang telah disahkan
  • Salinan keputusan SPM yang telah disahkan
  • Salinan sijil aktiviti di peringkat negeri/kebangsaan yang telah disahkan
  • Surat rasmi yang menyatakan sebab kenapa memohon rayuan.

Dokumen yang lengkap seperti surat rasmi rayuan, hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut :

Pengarah Bahagian Matrikulasi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 6 & 7, Blok E 15, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya

Untuk keterangan lanjut sila layari ke laman web rasmi Matrikulasi atau hubungi di talian 03 8884 4083.

BACA JUGA: Semakan Keputusan Rayuan Matrikulasi

Leave a Reply