Semakan Keputusan MRSM 2024/2025 Tingkatan 1 & Tingkatan 4 (Pendaftaran)

Semakan Keputusan MRSM 2024/2025 Tingkatan 1 & Tingkatan 4 (Pendaftaran). Panduan buat pelajar yang telah membuat permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) ambilan 2024. Untuk makluman, keputusan tawaran kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 tahun 2024/2025 boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi laman web MRSM. Keputusan tawaran ke MRSM bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 akan diumumkan bermula pada 7 Mac 2023. Bagi pelajar yang gagal tawaran, anda boleh mengemukakan permohonan rayuan MRSM dibuka bermula pada 7 Mac hingga 14 Mac 2023.

Semakan Keputusan MRSM 2024/2025 Tingkatan 1 & Tingkatan 4 (Pendaftaran)

Menurut kenyataan daripada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, MARA telah menerima 90,018 permohonan kemasukan ke tingkatan 1 dan 4 MRSM sesi tahun 2023. Pendaftaran pelajar baharu kemasukan ke MRSM pada 21 Mac 2023 bermula 8.30 pagi dan pertukaran penempatan tidak dibenarkan sepanjang pengajian.

Semakan Keputusan MRSM 2024/2025 Tingkatan 1 & Tingkatan 4 (Pendaftaran)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang keputusan MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 termasuk memaparkan tarikh semakan, cara semakan dan permohonan rayuan :

Tarikh Keputusan Kemasukan ke MRSM 2024

Tarikh keputusan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA ambilan 2023 diumumkan pada 7 Mac 2023. Calon yang berjaya ditawarkan ke MRSM akan menerima notifikasi menerusi SMS atau e-mel yang didaftarkan semasa permohonan di https://www.mara.gov.my.

Tarikh pendaftaran pelajar adalah pada 21 Mac 2023 jam 8.30 pagi.

Cara Semakan Tawaran Kemasukan ke MRSM 2023 Online

Semakan tawaran bagi pelbagai program MRSM seperti PREMIER, International General Certificate Secondary Education (GCSE), Ulul Albab, Teknikal dan BITARA boleh dibuat melalui pautan di bawah;

A. Secara Online

Semakan keputusan boleh dibuat secara atas talian menerusi laman web https://www.mara.gov.my/

B. Melalui SMS

Taip : MARA MRSM ANGKA GILIRAN dan hantar SMS ke 15888.

Bagi yang mendapat tawaran ke MRSM, sila ikuti tindakan selanjutnya seperti berikut;

  1. Membuat pengesahan penerimaaan tawaran dalam tempoh 7 hari selepas menerima tawaran.
  2. Muat turun dan cetak Surat Tawaran, Panduan Pendaftaran MRSM, Senarai Semak dan Lampiran A, Borang Maklumat Pelajar dan Borang Pengesahan Pendapatan Ibu Bapa.
  3. Melengkapkan dokumen mengikut Senarai Semak dan Lampiran A untuk dibawa semasa Hari Pendaftaran.
  4. Membuat bayaran yuran pendaftaran.

NOTA: Keputusan tawaran adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program dan penempatan adalah tidak dibenarkan.

Permohonan Rayuan Kemasukan ke MRSM 2024

Calon yang telah membuat permohonan MRSM dalam talian tetapi Tidak Berjaya boleh mengemukakan permohonan rayuan MRSM di portal rasmi MARA. e-Rayuan MRSM dijangka dibuka bermula pada 7 Mac hingga 14 Mac 2023.

Keputusan rayuan adalah berdasarkan kepada jumlah kekosongan apabila pendaftaran kemasukan pelajar ke MRSM.

Untuk pertanyaan lanjut tentang kemasukan MRSM, sila hubungi Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian 03- 26134531/ 26134532/ 26134533 dan talian MARA Call Centre 03- 26132000.

BACA JUGA :

Leave a Reply