Contoh Soalan UKKM MRSM (Ujian Kemasukan)

Contoh Soalan UKKM MRSM (Ujian Kemasukan). Bilakah tarikh Ujian UKKM MRSM tahun 2021? Panduan buat pelajar yang membuat permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) ambilan 2021. Untuk makluman, kini calon dikehendaki menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) bagi menguji potensi dan minat sebelum kemasukan ke MRSM tahun 2021. Pelajar boleh buat semakan lokasi untuk mengambil ujian UKKM secara dalam talian (online) menerusi laman web rasmi MRSM.

Contoh Soalan UKKM MRSM (Ujian Kemasukan)

Contoh Soalan UKKM MRSM (Ujian Kemasukan)

Berikut dikongsikan adalah maklumat Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM termasuk memaparkan tarikh, format ujian dan contoh soalan :

Apa Itu UKKM?

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) adalah satu peperiksaan untuk menguji potensi dan minat pelajar sebelum melayakkan diri ke peringkat kemasukan ke MRSM. Terdapat empat ujian yang perlu diambil oleh calon antaranya iaitu Matematik, Sains, Bahasa Inggeris dan Ujian Keperibadian.

Bagi calon yang memohon Ulul Albab, anda dikehendaki menduduki ujian hafazan sebagai syarat tambahan.

Tarikh Menduduki UKKM MRSM

Ujian UKKM akan dilaksanakan secara berperingkat bermula pada 21 September sehingga Disember 2020 bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 di pusat-pusat ujian terpilih. Calon yang bakal menduduki UKKM akan dimaklumkan melalui SMS dan emel.

Format UKKM MRSM Bagi Tingkatan 1 & 4

Matematik

  • Masa menjawab adalah 30 minit
  • Jumlah soalan Matematik yang perlu dijawab adalah 20 soalan yang berbentuk objektif

Bahasa Inggeris

  • Masa yang diperuntukkan adalah selama 30 minit
  • Calon perlu menjawab sejumlah 15 soalan objektif

Sains

  • Hanya 30 minit diperuntukkan untuk menjawab
  • Terdapat 30 soalan berbentuk objektif

Ujian Keperibadian

  • Sebanyak 100 soalan objektif yang perlu dijawab
  • Calon dikehendaki menjawab dalam masa 30 minit

Ujian Khas Ulul Albab Tingkatan 1

  • Masa menjawab yang diperuntukkan adalah 35 minit
  • Khusus untuk calon yang memohon program Ulul Albab, anda diwajibkan untuk menduduki ujian hafazan dan tulisan jawi.

ARTIKEL BERKAITAN : Semakan PKSK 2021 Kemasukan SBP SMKA Online

Contoh Soalan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM

Contoh soalan yang dikongsikan ini hanya sebagai panduan sahaja disebabkan soalan adalah sulit dan tidak didedahkan kepada umum.

CONTOH SOALAN MATEMATIK UKKM

Seorang petani mempunyai 100 ekor lembu dan ayam. Jumlah kesemua kaki binatang ialah 250. Berapa ekor ayam yang ada?

CONTOH SOALAN SAINS UKKM

Ianya lebih kepada Pengetahuan Am berkaitan subjek Sains.

CONTOH SOALAN UJIAN KEPERIBADIAN

Ujian Keperibadian adalah lebih kepada personaliti diri masing-masing.

CONTOH SOALAN ULUL ALBAB UKKM

Pelajar akan diberikan ayat-ayat untuk dihafal dalam masa 25 minit sahaja. Contoh ayat hafazan yang diberikan pada tahun-tahun sebelum ini ialah Surah Al-Mulk ayat 1 hingga 12. Penilaian akan dibuat berdasarkan kelancaran membaca Al-Quran, tajwid dan hafazan.

Cara Semakan Status Menduduki UKKM MRSM

Calon boleh menyemak status tawaran menduduki UKKM kemasukan ke MRSM menerusi pautan di bawah :

Tingkatan 1 : https://mrsm.mara.gov.my/semakanukkmf1

Tingkatan 4 : https://mrsm.mara.gov.my/semakanukkmf4

Nota : Bagi negeri yang sedang dilaksanakan PKPD, tarikh ujian UKKM akan dilaksanakan selepas perintah PKPD tersebut ditarik semula oleh kerajaan.

Sebarang pertanyaan lanjut sila emel kepada pengambilanmrsm@mara.gov.my atau hubungi di talian 03-2613 2000.

BACA JUGA :

Leave a Reply