Soalan Lazim Permohonan MRSM 2019 (FAQ)

Soalan Lazim Permohonan MRSM 2019 (FAQ). Panduan buat anda khususnya pelajar Tahun Enam dan Tingkatan Empat yang berminat melanjutkan pengajian ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) tahun 2019. Bilakah tarikh kemasukan ke MRSM bagi pengambilan 2019? Untuk makluman menerusi portal rasmi KPM, permohonan kemasukan ke MRSM bagi Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat dibuka serentak pada 9 September 2018. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di Portal Rasmi MARA. Untuk dapatkan pertanyaan lanjut tentang kemasukan MRSM boleh rujuk soalan lazim permohonan MRSM di bawah.

Soalan Lazim Permohonan MRSM 2019 (FAQ)

Soalan Lazim Permohonan MRSM 2019 (FAQ)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang soalan lazim permohonan MRSM yang memaparkan tarikh permohonan, syarat kelayakan, aliran & matapelajaran, aplikasi permohonan, keputusan dan rayuan SBP :

1. Bilakah iklan permohonan kemasukan ke MRSM dikeluarkan?

Iklan kemasukan ke Tingkatan 1 & 4 2019 dikeluarkan serentak pada 9 September 2018 melalui akhbar utama di seluruh negara. Makluman lanjut boleh dilayari di Portal Rasmi MARA.

2. Bolehkah saya memohon kata laluan selepas tarikh tutup permohonan online?

Tidak boleh.

3. Bagaimanakah cara membuat permohonan online untuk kemasukan ke Tingkatan 1 & 4 MRSM?

Pemohon perlu mendapatkan kata laluan secara online, kata laluan akan dihantar ke e-mel yang didaftar semasa permohonan.

4. Apakah syarat permohonan online untuk kemasukan ke Tingkatan 1 & 4 MRSM?

Syarat UMUM

i Calon warganegara Malaysia.

ii. Ibu atau bapa adalah warganegara Malaysia.

iii. Calon mestilah memohon secara online.

iv. Calon menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) tahun 2018 yang merangkumi Pentaksiran Pusat (UPSR/PT3), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi). v. Calon sihat tubuh badan, bebas daripada masalah mental, penyakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy)) dan lain-lain penyakit yang boleh menghadkan, membataskan serta menyukarkan pelaksanaan aktiviti kurikulum dan kokurikulum.

vi. Calon kurang upaya mestilah calon yang boleh bergerak sendiri tanpa bantuan orang lain.

vii. Calon mestilah berminat belajar di MRSM.

Syarat KHUSUS

i. Calon mestilah mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang.

ii. Calon mestilah aktif dalam aktiviti kokurikulum.

iii. Keutamaan diberi kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.

iv. Pemilihan pelajar ke MRSM adalah berdasarkan merit.

5. Adakah borang permohonan saya sudah diterima?

Pemohon akan menerima pop up ‘permohonan dihantar’ sejurus selepas menekan butang hantar.

6. Bilakah tarikh tutup permohonan online?

Sila rujuk Portal Rasmi MARA/info iklan pada tahun berkenaan.

7. Apakah maklumat yang diperlukan semasa membuat permohonan kata laluan?

Pemohon perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan sistem akan memaparkan secara automatik nama dan angka giliran peperiksaan. Pemohon juga perlu memasukkan e-mel dan nombor telefon bimbit untuk mendapatkan kata laluan.

8. Saya telah mendaftar dan menerima kata laluan, tetapi kata laluan tidak sah untuk digunakan. Apa yang perlu saya buat?

Boleh menghubungi unit HEP (BPM) di talian 0326134531/ 34532/ 34533/ 34516/ 34517/ 34578/ 34494 untuk pengesahan kata laluan atau e-mel kepada bpmmara@mara.gov.my.

9. Bolehkah saya menukar pusat ujian khas setelah pemilihan dibuat? (MRSM Program Ulul Albab sahaja)

Tidak boleh, pihak tuan perlu menghubungi MRSM tersebut bagi memastikan terdapat kekosongan dan sekiranya ada kekosongan, MRSM akan senaraikan calon sebagai calon tumpang.

10. Anak saya tidak memohon secara online, adakah masih boleh membuat permohonan selepas tarikh tutup?

Tidak, hanya permohonan online yang dipertimbangkan.

11. Pada kebiasaannya, berapakah bilangan tawaran yang dibuat oleh pihak MARA dalam setahun?

Bilangan tawaran bergantung kepada kekosongan sehingga tarikh akhir pada 30 April 2019.

12. Bolehkah saya memohon MRSM yang berdekatan dengan tempat tinggal saya?

Boleh, tetapi tawaran kepada pemohon yang berjaya adalah berdasarkan kekosongan MRSM yang dipilih.

13. Anak saya mendapat tawaran Sekolah Berasrama Penuh (SBP) atau Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) tetapi saya telah menolak tawaran tersebut, perlukah saya menghantar surat perlepasan daripada SBP/SBPI kepada MARA?

Tidak perlu.

14. Bilakah tarikh pendaftaran pelajar Tingkatan 1?

Tarikh pendaftaran bagi pelajar Tingkatan 1 MRSM dijangka pada bulan Januari/ Februari.

15. Bilakah saya boleh menyemak status permohonan saya sama ada berjaya atau gagal?

Status permohonan sama ada berjaya atau gagal boleh disemak melalui Portal Rasmi MARA selepas keputusan tawaran kemasukan diumumkan.

16. Bolehkah saya tahu markah ujian khas (Program MRSM Ulul Albab) anak saya?

Tidak boleh, markah ujian khas adalah SULIT.

17. Bilakah ujian khas Program MRSM Ulul Albab diadakan?

Selepas keputusan UPSR diumumkan dan pemohon yang memenuhi syarat ujian khas sahaja akan dihubungi melalui e-mel atau SMS.

18. Siapakah yang akan menduduki ujian khas?

Calon yang memilih Program MRSM Ulul Albab sebagai pilihan pertama dan memenuhi syarat untuk panggilan ujian khas.

19. Bilakah tarikh pendaftaran pelajar Tingkatan 4 MRSM?

Jangkaan tarikh pendaftaran adalah pada:

i. Pendaftaran pertama: Bulan Februari

ii. Pendaftaran kedua: Bulan Mac

20. Bagaimanakah cara memohon bantuan kewangan?

Boleh mengisi borang yang disertakan semasa mendapat tawaran ke MRSM dan permohonan dihantar ke pejabat MRSM berkenaan bersama dokumen-dokumen yang diperlukan.

21. Adakah pelajar MRSM akan diberikan biasiswa?

Pelajar MRSM tidak diberikan biasiswa tetapi bantuan kewangan iaitu pengecualian daripada membayar yuran sebanyak RM60.00 dan wang saku sebanyak RM50.00 sebulan kepada pelajar yang layak sahaja.

22. Bolehkah yuran dibayar dengan menggunakan wang tunai pada hari pendaftaran?

Boleh tetapi tidak digalakkan. Pembayaran yuran hendaklah dibuat secara tunai di mana-mana Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau bank yang disenaraikan (BSN, Bank Islam, Maybank2u, Cimbclick). Bayaran hendaklah menggunakan No. Pelajar yang tertera di sudut atas kanan surat tawaran rasmi. Bayaran perlu dijelaskan sebelum pendaftaran di MRSM dan resit perlu dibawa bersama semasa hari pendaftaran.

23. Bolehkah pembayaran yuran ke MRSM dibuat secara ansuran?

Boleh, pembayaran yuran boleh dibayar secara ansuran dengan persetujuan pentadbiran MRSM yang berkenaan.

24. Adakah MRSM menyediakan kemudahan pinjaman buku teks?

Ya. Pihak MARA menyediakan kemudahan pinjaman buku teks kepada semua pelajar MRSM.

INFO BERKAITAN :

● Senarai MRSM Maktab Rendah Sains MARA Terkini

Permohonan Kemasukan MRSM 2019 

Semoga perkongsian tentang Soalan Lazim Permohonan MRSM 2019 dapat dijadikan panduan buat calon. Selamat membuat permohonan kemasukan ke MRSM ambilan 2019.

Leave a Reply

%d bloggers like this: