Semakan Keputusan Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah 2022 (PASM). Bilakah tarikh keputusan PASM tahun 2022? Panduan buat calon yang telah menduduki Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah tahun 2022. Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan keputusan Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) tahun 2022 bagi murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) akan dikeluarkan pada 21 Mac 2023. Keputusan PASM boleh diperolehi dari sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi.
Menurut kenyataan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia menyatakan, seramai 3,667 MBPK dari 730 buah sekolah di seluruh negara telah menamatkan persekolah bagi sesi akademik 2022/2023 dan layak dianugerahi Sijil Alternatif Sekolah Menengah (SASM).
Semakan Keputusan Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah 2022 (PASM)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah termasuk memaparkan tarikh dan cara semakan:
Apa Itu PASM?
PASM merupakan pentaksiran yang direka bentuk khusus untuk MBK. MBK di sekolah menengah yang tidak menduduki Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)/Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia (SVM) boleh menduduki PASM dan memperoleh Sijil Alternatif Sekolah Menengah (SASM). Sesuai dengan kumpulan MBK, PASM mempunyai tujuan istimewa iaitu untuk mengesan kebolehan (tapping into abilities) murid.
Cara Semakan Keputusan PASM 2022
Slip keputusan peperiksaan bagi calon pelaporan PASM bagi murid bekeperluan pendidikan khas boleh diperoleh dari sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi, 21 Mac 2023.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi di talian 03 8884 3785/3787/3788/3210/3132 atau emel ke khidmatbantu.lp@moe.gov.my.