Permohonan Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2024 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2024 Online (Semakan Keputusan). Nak melanjutkan pengajian dalam peringkat Diploma, Ijazah, Sarjana atau PHD? Panduan baik buat pemohon khususnya anak jati negeri Pulau Pinang yang ingin membuat permohonan pinjaman pelajaran atau bantuan biasiswa. Untuk makluman, kini anda ditawarkan Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang tahun 2023 bagi kursus yang bertaraf Sijil, Diploma, Ijazah, Sarjana dan PHD. Permohonan ini boleh dibuat secara atas talian (online) bermula 1 Jun sehingga 30 Ogos 2020.

Permohonan Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2024 Online (Semakan Keputusan)

Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang diwujudkan pada tahun 1970 bertujuan untuk memberi pinjaman pendidikan tinggi kepada warganegara Malaysia yang lahir atau menerima sebahagian daripada pelajaran mereka di Pulau Pinang.

Permohonan Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2024 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Tarikh Permohonan : –

Syarat Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2023

Antara syarat-syarat Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah seperti berikut :

1. Pemohon dilahirkan di Pulau Pinang atau sekurang-kurangnya bersekolah selama 5 tahun di Pulau Pinang.

2. Ditawarkan tempat di Universiti / Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan sahaja.

3. Bagi pemohon dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta, kursus yang diikuti hendaklah diluluskan oleh MQA (Malaysian Qualification Agency /Agensi Kelayakan Malaysia).

4. Pinjaman untuk kursus yang bertaraf Sijil, Diploma, Diploma PJJ, Ijazah Pertama, Ijazah PJJ, Sarjana dan PHD.

5. Pemohon yang sedang mengikuti kursus PraUniversiti / Matrikulasi / KPLI / Sijil Kemahiran / Kolej Vokasional tidak layak memohon.

6. Pinjaman Kali Ke-2 hanya ditawarkan kepada peminjam yang telah menyelesaikan bayaran balik pinjaman pertama.

7. Penerima pinjaman Penaja lain tidak layak memohon. (PTPTN/ MARA/ JPA/ Mybrain dan sebagainya).

8. Permohonan adalah secara online.

9. Sila lampirkan dokumen-dokumen berikut :

  • Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Lahir.
  • Salinan Surat Tawaran Kemasukan Dari Universiti/Institusi (IPTA / IPTS).
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan (Testimonial)Sekolah Menengah. Sekiranya bukan anak negeri, sila sertakan bersama Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan Sekolah Rendah dan Menengah.
  • Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) dan lain-lain sijil yang setaraf.
  • Salinan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan lain-lain sijil yang setaraf (Jika Ada).
  • Salinan Sijl Politeknik/Diploma/Ijazah dan sebagainya (Jika Ada).
  • Salinan Keputusan Matrikulasi/Asasi Sains (Jika Ada).
  • Salinan Keputusan Peperiksaan bagi Tiap-tiap Tahun Akademik Penggal/Semester (Jika Ada).
  • Pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah mengemukakan salinan surat kelulusan kolej dan kursus yang dikeluarkan MQA (Malaysia Qualification Agency/ Agensi Kelayakan Malaysia). Salinan tersebut boleh diperolehi dari IPTS berkenaan.

Cara Mohon Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

1. Permohonan ini boleh dibuat secara online menerusi laman web https://epp.penang.gov.my.

2. Sila pastikan anda mengisi permohonan pinjaman dalam tempoh 3 hari selepas pendaftaran. Kemaskini borang adalah 3 HARI dari tarikh pendaftaran dibuat. Sila CETAK borang permohonan yang telah diisi beserta dokumen-dokumen berkenaan dan dihantar dalam tempoh 2 MINGGU dari tarikh permohonan dihantar secara online ke alamat berikut :

LEMBAGA TABUNG AMANAH PINJAMAN PENUNTUT
NEGERI PULAU PINANG,
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI,
PARAS 29, KOMTAR,
10503 PULAU PINANG

Semakan Keputusan Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2024

Akan dikemaskini

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pentadbiran ini di talian 046505391 / 5165 / 5627.

BACA JUGA: Permohonan Pinjaman Pelajaran Dalam Negeri YPJ

Leave a Reply