Semakan Keputusan STAM 2018 Online & SMS

Semakan Keputusan STAM 2018 Online & SMS. Bilakah tarikh keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2018? Panduan buat pelajar yang telah menduduki peperiksaan STAM tahun 2018. Untuk makluman, menerusi portal Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), semakan keputusan STAM 2018 boleh dibuat pada 17 Januari 2019 menerusi online di alamat sppat.moe.gov.my/semakan. Tahniah diucapkan kepada calon yang memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan tersebut.

Semakan Keputusan STAM 2018

Dalam satu kenyataan media Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), seramai 10,078 calon yang menduduki peperiksaan STAM 2018 di 257 pusat peperiksaan di seluruh negara boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi. Manakala, calon persendirian pula akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi terus Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar untuk menduduki peperikasaan tersebut.

Semakan Keputusan STAM 2018 Online & SMS

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semakan keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia 2018 termasuk memaparkan tarikh dan aplikasi semakan :

Tarikh Semakan : 17 Januari 2019

Cara Semakan Keputusan STAM 2018

A) Semakan Secara Online

1. Pemohon boleh membuat semakan keputusan secara dalam talian melalui laman web Lembaga Peperiksaan di sppat.moe.gov.my/semakan

2. Masukkan No. Kad Pengenalan dan No. Angka Giliran dalam ruangan yang disediakan.

B) Semakan Melalui SMS

Perkhidmatan semakan dalam talian melalui mySMS 15888 diaktifkan bermula 10 pagi, 17 Januari 2019 sehingga pada jam 6.00 petang 23 Januari 2019.

Taipkan :
STAM <jarak> ANGKA GILIRAN dan hantar SMS ke 15888

C) Dapatkan di Sekolah

i. Calon Sekolah

Calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi pada hari sama.

ii. Calon Persendirian

Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar untuk menduduki peperiksaan.

Selamat membuat semakan keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia tahun 2018. Tahniah kepada mereka yang memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan STAM.

Leave a Reply

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: