Semakan Keputusan STPM 2020 (Keseluruhan) Online & SMS

Semakan Keputusan STPM 2020 (Keseluruhan) Online & SMS. Bilakah tarikh keputusan peperiksaan STPM 2019? Panduan buat calon STPM yang telah menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) tahun 2019. Untuk makluman, semakan keputusan keseluruhan peperiksaan STPM 2019 akan diumumkan pada 25 Februari 2020. Tahun lalu, keputusan peperiksaan STPM 2019 diumumkan pada sekitar bulan Mac.

Semakan Keputusan STPM 2018 (Keseluruhan) Online & SMS

Untuk makluman, keputusan STPM 2019 akan dikeluarkan lebih awal daripada tarikh keputusan peperiksaan SPM yang lazimnya diumumkan pada sekitar bulan Mac. Bagi anda yang memperolehi keputusan cemerlang dan ingin melanjutkan pengajian ke Universiti Awam, calon boleh membuat Permohonan UPUOnline sesi akademik 2020/2021 secara dalam talian di portal rasmi UPU.

Semakan Keputusan STPM 2020 (Keseluruhan) Online & SMS

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semakan keputusan peperiksaan STPM termasuk memaparkan tarikh dan aplikasi semakan :

○ Tarikh Keputusan : 25 Februari 2020 (tahun lepas diumumkan pada 11 Mac 2019)

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) adalah merupakan peperiksaan prauniversiti yang diduduki oleh pelajar Malaysia. STPM diiktiraf oleh banyak universiti di peringkat antarabangsa dan kebanyakan universiti menganggap keputusan STPM sama dengan A-Level.

Cara Semak Keputusan Peperiksaan STPM 2020

A. Semakan Online

Calon boleh menyemak keputusan peperiksaan STPM secara dalam talian di laman Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) melalui aplikasi pautan di bawah.

○ Aplikasi Semakan : http://webmpm1.mpm.edu.my/stpmK/

○ Masukkan nombor kad pengenalan/ MyKad calon dan klik butang ‘HANTAR’.

○ Keputusan peperiksaan akan dipaparkan di screen komputer atau telefon anda.

B. Semakan Menerusi SMS

Selain semakan online, calon juga boleh membuat semakan keputusan STPM menerusi aplikasi perkhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS) yang akan diaktifkan pada jam 12.00 tengah hari pada tarikh keputusan diumumkan.

○ Taip STPM <jarak> RESULT <jarak> NO KAD PENGENALAN dan SMS ke 15888.

○ Contoh STPM RESULT 955421266345 dan hantar SMS ke 15888

Nota :

i. Dikenakan caj RM0.15 sen untuk setiap penghantaran dan RM0.20 sen untuk setiap penerimaan.

ii. Bagi calon Sekolah boleh mendapatkan keputusan keseluruhan STPM di sekolah masing-masing manakala bagi calon persendirian akan diberikan melalui pos atau hubungi Jabatan Pendidikan Negeri atau tempat berdaftar.

BACA JUGA : Permohonan UPU Kemasukan UA 2020/2021

Tahniah kepada calon STPM yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2019. Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Universiti Awam bagi pengajian peringkat Ijazah Muda.

Leave a Reply

%d bloggers like this: