Semakan Result UPU 2022/2023 Online UA Politeknik

Semakan Result UPU 2022/2023 Online UA Politeknik. Bilakah tarikh semakan keputusan tawaran UPU 2022/2023? Panduan buat lepasan SPM/ STPM dan Setaraf yang telah membuat permohonan UPUOnline ambilan 2022/2023. Untuk makluman, bagi calon lepasan SPM boleh membuat semakan keputusan UPU sesi 2022/2023 secara atas talian (online) pada bulan Julia 2022. Manakala, lepasan STPM/setaraf pula diumumkan pada 25 September hingga 4 Oktober 2022. Keputusan UPU boleh disemak menerusi portal rasmi https://upu.mohe.gov.my.

Semakan Result UPU 2022/2023 Online UA Politeknik

Semakan Result UPU 2022/2023 Online UA Politeknik

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang keputusan UPU termasuk memaparkan tarikh semakan, panggilan temuduga dan tarikh pendaftaran UPU :

Tarikh Penting Permohonan UPU 2022/23

  • Permohonan UPU dibuka : 4 Februari 2022
  • Permohonan UPU ditutup : 31 Mac 2022
  • Pembukaan semula permohonan bagi lepasan SPM : 1 hingga 28 Jun 2022
  • Semakan panggilan temuduga/ ujian bagi lepasan SPM : 9 Mei 2022
  • Semakan panggilan Ujian MEdSI program Pendidikan bagi lepasan STPM/ Setaraf : 26 Mei 2022
  • Semakan panggilan temuduga program Bukan Pendidikan bagi lepasan STPM/ Setaraf : 26 Mei 2022
  • Fasa pengemaskinian bagi lepasan SPM : 1 Jun – 28 Jun 2022
  • Tarikh Hebahan UPUOnline bagi lepasan SPM : 22 Julai – 31 Julai 2022
  • Permohonan rayuan lepasan SPM : 22 Julai – 31 Julai 2022
  • Fasa pengemaskinian bagi lepasan STPM/ Setaraf :
  • Tarikh Hebahan UPUOnline bagi lepasan STPM/ Setaraf : 25 September – 4 Oktober 2022
  • Permohonan rayuan lepasan STPM/Setaraf : 25 September – 4 Oktober 2022

Cara Semak Keputusan UPU 2022/2023 Online & SMS

Berikut adalah panduan untuk semakan keputusan tawaran UPUOnline secara online dan menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) :

A. Semakan Keputusan UPU 2022 Online

1. Untuk semakan keputusan UPU boleh dibuat secara online di Portal Rasmi UPU melalui pautan https://upu.mohe.gov.my/.

2. Selain sistem online UPU, anda boleh layari saluran alternatif di laman web universiti-universiti tempatan melalui pautan seperti berikut ;

3. Bagi pemohon yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke UA hendaklah membuat pengesahan tawaran dan juga mencetak surat tawaran rasmi melalui Portal Rasmi IPTA.

B. Semakan Keputusan UPU Melalui SMS

1. Universiti Awam dan Politeknik Premier

○ Taipkan: UPU<jarak>RESULT<jarak>NO. KAD PENGENALAN dan hantarkan SMS ke 15888

2. Politeknik Konvensional / METrO / Kolej Komuniti / ILKA

○ Taipkan: UPU<jarak>TVET<jarak>NO. KAD PENGENALAN dan hantarkan SMS ke 15888

C. Semakan Menerusi Aplikasi Mobile 

Selain semakan menerusi sistem online atau melalui sistem pesanan ringkas (SMS), calon juga boleh memuat turun aplikasi UPUPocket dengan merujuk pautan di bawah :

○ Aplikasi UPU Pocket : RUJUK SINI

Permohonan Rayuan UPU Online UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA 2022/23

1. Bagi calon yang gagal mendapat tawaran boleh mengemukakan permohonan rayuan UPU secara online setelah tarikh hebahan keputusan UPU dihebahkan secara rasmi.

2. Permohonan rayuan hanya layak dipohon kepada pemohon yang gagal mendapat tawaran kemasukan ke Universiti Awam di Malaysia.

Sebarang pertanyaan lanjut anda terus hubungi di talian helpline UPU 03 – 8870 8200 atau layari ke laman web UPU http://upu.mohe.gov.my/web/.

BACA JUGA : Cara Permohonan Rayuan UPUOnline 2022/2023

One Response

  1. jeffery anak limbang May 21, 2018

Leave a Reply