Permohonan Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman 2020 (BPTAR)

Permohonan Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman 2020 (BPTAR). Adakah anda pelajar yang sedang melanjutkan pengajian di IPTA/ IPTS? Berita baik buat anda yang ingin membuat permohonan pinjaman pelajaran atau biasiswa. Untuk makluman, kini pemohon yang memenuhi syarat kelayakan boleh membuat memohon Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman (BPTAR) tahun 2020 bagi program Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa. Permohonan ini dijangka dibuka secara online pada bulan Ogos 2020 di portal rasmi BPTAR.

Permohonan Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman (BPTAR) 2018

Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman atau ringkasnya BPTAR dikhususkan untuk pelajar yang berlatarbelakang keluarga miskin bagi menampung kos sara hidup untuk dua (2) semester (10 bulan sahaja) semasa mengikuti pengajian sepenuh masa Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Permohonan Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman 2020 (BPTAR) Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang bantuan pelajaran Tunku Abdul Rahman termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi online :

Tarikh Permohonan : akan dikemaskini

Syarat Kelayakan Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman

Antara syarat-syarat bantuan pelajaran Tunku Abdul RAHMAN yang pelajar perlu memenuhi adalah seperti berikut :

(i) Warganegara Malaysia.

(ii) Pelajar berdaftar sepenuh masa dalam sebarang pengajian Ijazah Sarjana Muda di IPTA tempatan.

(iii) Berlatarbelakang keluarga miskin.

(iv) Pemohon yang sedang menerima bantuan kewangan (pinjaman) masih layak memohon.

KADAR BANTUAN DAN CARA BAYARAN

Amaun bantuan dan bilangan penerima akan ditentukan oleh Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Tunku Abdul Rahman. Sumbangan akan diberikan melalui Bendahari Universiti.

PENGESAHAN PENDAPATAN KELUARGA

Maklumat berkaitan pendapatan keluarga pemohon hendaklah disahkan oleh Penguasa yang benar-benar mengenali keluarga pemohon seperti Penghulu Mukim (atau setaraf) atau Ketua Jabatan (Majikan ibubapa/penjaga).

Cara Permohonan Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman (BPTAR)

1. Calon yang layak boleh mendapatkan Borang Permohonan BPTAR dengan memuat turun di bawah ;

==>> BORANG PERMOHONAN BPTAR

2. Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta salinan dokumen yang telah disahkan hendaklah diterima selewat-lewatnya 30 September 2018 dan DIALAMATKAN KEPADA TIMBALAN NAIB CANSELOR (HEP) universiti awam anda.

3. Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi. Pemohon yang tidak dihubungi oleh Hal Ehwal Pelajar universiti selepas 3 bulan daripada tarikh tutup permohonan dianggap tidak berjaya.

BACA JUGA : Senarai Biasiswa dan Scholarship di Malaysia 2020

Untuk keterangan lanjut sila hubungi di talian 03- 22836063 atau emel ke contactus@yayasantar.org.my

Leave a Reply