Semakan Lesen Memandu Dan Roadtax Online Melalui MyJPJ (https://public.jpj.gov.my)

Semakan Lesen Memandu Dan Roadtax Online Melalui MyJPJ (https://public.jpj.gov.my). Nak semak lesen memandu atau roadtax secara online? Panduan buat pemandu dan pengguna di jalan raya. Untuk makluman, mulai 10 Februari 2023, Menteri Pengangkutan iaitu Anthony Loke Siew Fook mengumumkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) persendirian milik warganegara kini boleh menggunakan paparan digital melalui Portal Awam JPJ atau aplikasi MyJPJ. Tujuan utama pendigitalan ini dilaksanakan untuk mengurangkan kesesakan dan beratur panjang di kaunter JPJ dan dapat menyumbang kepada keselesaan rakyat. Pengguna digalakkan mendaftar akaun masing-masing secara digital melalui portal JPJ https://public.jpj.gov.my atau aplikasi mobile MyJPJ yang boleh dimuat turun dari App Store, Play Store atau Huawei App Gallery.

Semakan Lesen Memandu Dan Roadtax Online Melalui MyJPJ (https://public.jpj.gov.my)

Semakan Lesen Memandu Dan Roadtax Online Melalui MyJPJ (https://public.jpj.gov.my)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang aplikasi MyJPJ termasuk memaparkan contoh gambar, cara daftar dan senarai perkhidmatan:

Apa Itu Aplikasi MyJPJ?

Aplikasi myJPJ adalah satu gerbang yang menghimpunkan perkhidmatan untuk orang awam serta kakitangan JPJ. Orang awam boleh membuat semakan maklumat berkaitan perkhidmatan JPJ seperti saman, tarikh luput Lesen Kenderaan Motor (LKM), tarikh luput lesen memandu, nombor plat terkini dan lain-lain. Selain itu, terdapat pautan pantas ke aplikasi lain JPJ seperti JPJeBid dan JPJeQ.

Contoh Gambar Pendigitalan eLMM & eLKM Melalui MyJPJ

Semakan Lesen Memandu Dan Roadtax Online Melalui MyJPJ (https://public.jpj.gov.my)
Semakan Lesen Memandu Dan Roadtax Online Melalui MyJPJ (https://public.jpj.gov.my)

Cara Daftar Akaun MyJPJ Online

1. Untuk pendaftaran akaun boleh dibuat melalui portal awam JPJ https://public.jpj.gov.my/ atau aplikasi mobile MyJPJ yang boleh dimuat turun dari App Store, Play Store ataupun Huawei App Gallery.

Apple App Store: https://apps.apple.com/my/app/myjpj/id6443821311

Google Play Store: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.jpj.jpj_info

2. Kemudian, klik ‘Daftar Akaun Baharu’.

3. Masukkan nombor kad pengenalan anda.

4. Lengkapkan maklumat yang diperlukan.

5. Masukkan kata laluan anda.

6. Selesai dan anda boleh akses beberapa kemudahan dalam aplikasi MyJPJ.

Senarai Perkhidmatan yang disediakan MyJPJ

Setelah berjaya mendaftar akaun MyJPJ, anda boleh menggunakan beberapa kemudahan yang disediakan antaranya iaitu;

  • Bidaan nombor kenderaan
  • Semakan nombor terkini
  • Semakan lesen kenderaan
  • Semakan lesen memandu
  • Semakan keputusan Ujian
  • Semakan saman
  • Semakan senarai hitam
Semakan lesen memandu

Soalan Lazim Pendigitalan JPJ

1. Adakah wajib untuk download apps MyJPJ?

Tidak. Ia adalah salah satu opsyen sahaja untuk mendapatkan salinan digital roadtax dan lesen memandu.

2. Kalau tak dapat download apps MyJPJ sekarang dan tak dapat tunjuk digital roadtax, adakah saya akan disaman?

Tidak. Pihak penguatkuasa boleh mengesahkan status roadtax dan lesen memandu melalui sistem dalam gadget penguatkuasaan.

3. Kalau kereta bukan dipandu oleh pemilik, macam mana tunjukkan digital roadtax?

Senang sahaja, digital roadtax boleh dicetak dalam kertas dan simpan dalam kereta. Namun kalau tak dapat tunjuk bukti pun bukan satu kesalahan. Pihak penguatkuasa akan semak butiran dalam gadget mereka.

Untuk keterangan lanjut boleh emel ke infodigital@jpj.gov.my atau menghubungi talian hotline JPJ iaitu 03-2724 2522.

BACA JUGA: Semakan Nombor Plate Kenderaan Online

Sumber: MOT

One Response

  1. Harry February 20, 2023

Leave a Reply