Semakan UKSBP 2020 Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh

Semakan UKSBP 2020 Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh. Adakah anda pelajar Tahun Enam tahun 2020? Panduan buat murid Tahun 6 yang ada membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 1 sesi 2019. Untuk makluman, bagi pemohon yang telah membuat permohonan kemasukan ke SBP Tingkatan Satu, terlebih dahulu anda perlu membuat semakan keputusan kelayakan menduduki UKSBP pada 5 Oktober 2018. Tujuan semakan kelayakan ini untuk memastikan sama ada anda terpilih untuk menduduki Ujian UKSBP pada 15 sehingga 18 Oktober 2018.

Semakan UKSBP 2019 Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh

Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) atau singkatannya UKSBP adalah satu ujian saringan yang dilaksanakan kepada semua murid yang berjaya memohon sebagai salah satu syarat kemasukan ke SBP Tingkatan Satu (1) sahaja. UKSBP akan dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan. Tiada ujian ulangan akan dilaksanakan sekiranya pemohon gagal untuk menduduki ujian tersebut. Untuk pengetahuan, UKSBP baru sahaja dilaksanakan pada tahun lepas sebagai prosedur kelayakan baharu untuk pelajar Tahun 6 kemasukan Tingkatan 1 ke SBP.

Semakan UKSBP 2020 Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semakan keputusan kelayakan menduduki UKSBP termasuk memaparkan tarikh, aplikasi permohonan dan keputusan :

Tarikh Semakan : 5 Oktober 2018

Aplikasi Semakan : www.moe.gov.my

Tarikh Ujian Kemasukan SBP 2020

UKSBP akan dijalankan secara serentak di 207 pusat yang ditetapkan. Tarikh ujian adalah pada 15 hingga 18 Oktober 2018.

INFO : Murid yang tidak mengambil/tidak menduduki UKSBP berkemungkinan akan dipertimbangkan untuk kemasukan ke SBP bagi ambilan berikutnya. Walaubagaimanapun keutamaan akan diberikan kepada murid yang telah menduduki UKSBP terlebih dahulu.

INFO BERKAITAN : Soalan Lazim Permohonan SBP 2019 

Semoga anda terpilih untuk menduduki UKSBP dan sekaligus berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh tahun 2020.

Leave a Reply

%d bloggers like this: